Wednesday, March 14, 2012

SAYA MARAH!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya sedang marah!! marah sangat-sangat nie !!ish!! memang nak kena la !! tunggu dikau akan nasibmu !!
HAHAHA!!!
 ada sapa nak join ??
ehem!! ni kenapa marah - marah ni?

anda mahu menjadi insan yang sedang marah atau insan yang menenangkan??
mari kita berkenalan dengan encik MARAH. Untuk pengetahuan semua marah merupakan salah satu sifat yang ada pada diri kita sama sedar atau pun tidak. Imam Al Syafii berkata 

"sesiapa yang yang dibuat supaya marah namun tidak marah  maka ia adalah keldai"
keldai ialah simbol kebodohan yang amat sangat. Pada saat diri sangat - sangat beremosi kita sebenarnya mempunyai dua pilihan.



PILIHAN PERTAMA
sesetengah person akan memeilih untuk mengubah sikap pemarah itu bertukar kepada dendam. Pilihan sebegini sepatunya dielakkan kerana ini ialah pilihan manusia berjiwa kotor. Pilihan ini bukan sahaja merosakkan hatinya  BAHKAN merosakkan masa depan

PILIHAN KEDUA
 pilihan inilah yang sepatutnya menjadi pilihan kita semua kerana lebih cenderung untuk menyimpan didalam hati lalu merubah menjadi api yang membakar semangat.

"sebagai contoh sebuah kisah seorang ahli falsafah islam yang genius iaitu Ibnu Sina. Suatu hari seseorang mencela Ibn Sina kerana beliau tidak menghafal Al-Quran. Mendengar celaan itu  Ibnu Sina berasa sangat marah dan malu.beliau terdorong untuk menghafal Al-Quran dalam satu malam."

Jadi kita mempunyai pilihan. yang mana satu yang menjadi idaman? 

"apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia dududuk agar kemarahannya hilang. Apabila masih belum reda maka hendakalah dia berbaring"
(riwayat Abu Daud)

=))
~Jazakallahukahirankathira~







No comments:

Post a Comment