Tuesday, December 10, 2013

hati manusia kita tak tahu

Assalamualaikum . . .

Yeah . Lately me was unfeeling so better due to the season and weathers in Malaysia. Even so, I think this is a really simple obstcles that I should confront with bravely. Haaaachumm...

Good news. I had finished my semester holidays without doing nothing that give me benefits. Sob. Sob. Breaking news . Now, I currently in semester 2 and have almost 10 weeks which is plus minus 2 month before my final. Big clap. and yet, I still dont know which way should I choose. Goshh . It doesnt matter here. May Allah guide me.

So today I wanna talk about one thing that happen to me along time ago. Sound nerd right but it is true. Once upon a time, there were a sale of some kind of publisher that sold dictionaries and a few applications that students should  have near a cafe.We were not buying that as the allowance not accounted yet. But, in the evening as we passing by the cafe to go to the college, one of the male seller had stopped my friend. Unfortunately, as she is not interested to buy , she had ignored it. But than she hear

'Is this kind of F*********N student? '

She was being so shocked like felt a big lightning and thunder on her head. At that time, I had walked for a few metres from her. She came to me and grab my hand. I ask her , 

"Why? What going on? '
'We must save our students pride !'
Whatttt !!!

We were going back and ask for apologize on behalf of all our friends. The salesman face looks awful and terriblely like leopards that waiting to eat a beautiful goat. Its my food !Maybe he said like that in his heart. 
Haha... With a very straightforwaded words,

'I dont know that F********N students are like this ! Thinking that they are so big 
and always ignoring people. But the most important where are your attitude? Why being so lack of manners?'

Dush. Dush. One by one words that kill my sense. Aigoo. I think this is the most peak time, so we as the offender should repeatedly as for apologize and give our reason for being like that.

'We are so sorry. It was a bit tired when the class is finished at the evening. So thing in our mind
is food since we are not eating yet.'

'So , you only think about that and negligible your manner towards elder? Yes , I also hungry too since im not eating anything from morning.But where your manners, and you maybe look at me like people without a pride to be respectful. An average person only. And you with your huge jilbab that covers but manners are zero!'

And that "luahan perasaan" session is too plain before but that time he mention the jilbab, I felt so offensive. My heart beat faster than usual and feel like craving eating humanchop in front of me.Add more frenchfries and coleslaw please --". But it is keep inside core of my heart because of the rest of respect. If not maybe I had fight back. After almost fifteen minutes, he keeps mumbling. We  hear attentionally. Pfuuu...

Right now in my mind, I being thinking that people easily judges person by the appearance.I reflect myself back then, maybe there are something that Allah want to show to me or maybe this is my kifarah of my wrongdoings. Yet, we as malaysian, not as malaysian only but as muslim should not behave like that, show people our full of courtesy and manners.In the same time, please dont judge the appearance only as we dont know that our words could turn someone from a desires doing good thing into something that bad because of our words.We dont even know.

One more thing , keep thinking positive side. Because life is test. At at my age, the situation that Im getting faced from day to day are going to be tough. But it is still inside my world. World of student, lecturers and books. How we can imagine in this real world. What it would be like? Too tough and so eerie to be faced. But, here are the realities. So, when there are something that push you like stress of homeworks or lecturers , just keep thinking the greater the stress the greater the people would be. It was a preparation to live the life to its fullest. Real World. It Awesome and scary !

P/S:  Do pray for flood victim, That is their test. We? see what will come. May Allah Bless =)

Friday, August 23, 2013

Stage

Assalamualaikum....

Ohoiii....
Hari ini setelah beberapa hari  aku aku ibarat seperti katak di bawah tempurung gara-gara internet di PALAM ni unconnected. Acctually, kolej aku yang menghadapi masalah tu. Kolej orang len okey ja.
Tapi Alhamdulillah, Allah masih lagi beri peluang untuk aku menjelajah laman ini untuk mengutip mutiara-mutiara kecil di laman maya ini.

Jadi ada satu blog yang aku jumpa dan kukira nice tagline  dia guna. Apa tuuu?

Try not to become a man of success, but rather try to become a man of value. 
- Albert Einstein-
*mohon pinjam yer tuan blog

Mohon renungkan such a nice quote ini. Walaubagaimana halangan dan ujian yang menimpa , mohoan Allah tetap kuatkan diri kita. Tajdid niat balik. Mesti ada salah silap kesilapan yang kita tak sedari or maybe Allah nak menguji sejauh mana tahap keyakinan kita pada Allah. Look, bila Allah beri kita ujian, what the significance that Allah want to prove? Sedangkan Allah yang telah mencipta kita secara keseluruhannya. Bermakna Allah lebih mengetahui perancangan terbaik tentang manusia itu sendiri. Dan sebab Allah memberi ujian kepada diri kita sudah tentu untuk kita sedar dan muhasabah balik. Just imagine, hidup tanpa cabaran ataupun halangan , can we know our stages? can we know how strong we are? can we know how far we had trained ourselves to achieve something? Think and look back. 

Kamu belum gagal. Kamu cuma menemui 1001 cara yang tidak sesuai dengan eksperiment kamu
_pencipta lampu_

#Allah give us difficulties to make us strong. 

Nota jantung: Do pray for me. Final exam is about a month.
                      Do pray for mesir. Moga Tembakan doa kita tepat sasaran.


Allah... Allah

Wednesday, July 3, 2013

Budak Asasi 2013

Assalamualaikum....

Apa khabaq semua? Moga kita sentiasa berada dalam rahmat  Illahi.

Serasa hampir sebulan lebih tidak menaip di alam maya ini. Kehidupan budak asasian yang INDAH sangat. Itulah yang aku bayangkan sebelum menjejak kaki ke palam ini. Unfortunately, kehidupan budak asasi ini ternyata lebih mencabar mental dan fizikal aku sih. Sementelahan dengan ketinggian tangga kejayaan yang cukup ngeri beb. Seriesly cakap, waktu first time aku turun tangga tu nak pergi fakulti mau terketaq-ketaq otot dengan lutut aku. Almaklumlah, dulu dok membela badan kat rumah. Itu baru cerita pasai turun , belom lagi cerita pasai naik tangga. Dah kalau turun pon macam nak terkeluaq kepala lutut, waktu nak naik tu dah macam lari 800 m waktu sekolah dulu. Memang semput tak menahan la. Wakawaka.


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menganggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata): " wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-yang yang bterdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya menikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir"


Sigh.

Berbekalkan ayat ini, aku percaya dan terus cekal mendaki tangga kejayaan itu. Bukan sahaja, tangga yang menjadi ujian, keteguhan menghadapi dunia luar yang cukup mencabar juga merupakan ujian buat aku. Seriesly, memang mencabar giler. Walaubagaimanapun, disetiap ujian itu pasti ada hikmahnya yang tersurat dan tersirat. Dan aku teringat kata-kata ustazah yang mengajar subjek CTU, 


Ujian itu adalah salah satu alternatif untuk kita meningkatkan keimanan kepada Allah. 
Maka beruntunglah orang-orang yang diuji.


Allahu...Allahu....

Lap Peluh.

Sehingga pada detik ini, hanya beberapa orangkah yang menyedari apabila diberi ujian, Allah ternyata masih sayang lagi padanya. Allah masih mahu mengampunkan hambanya meskipun hambanya yang hina dina ini seringkali mencari Allah hanya di kala kesusahan . Allahu Akbar !

Rasanya cukuplah untuk entry kala ini sebagai pengubat rindu kawan-kawan semua. 

InsyaAllah kalau ada masa lapang lagi , kita cerita lifestyle dengan cobaan yang aku kena faced.Wuuuu.

Till then.

nota buku lali : Doakan aku terus kuat dan tabah dalam berjihad di jalan Allah.


Moga Allah redha =)






Monday, May 27, 2013

freaking out

Assalamualaikum..


Seriously, perasaan yang aku alami ini pada saat ini ialah feeling yang remarkable, freak and truly complicated unsubscribe kalau dijelaskan melalui tulisan.Wohaa !

exactly like this =="
Pfuuu...

Tolong ! Tolonglah terima kenyataan zaman persekolahan telah berlalu . Dan pada hari ini, 27 Mei 2013, officially pelajar-pelajar Matrik telah mendaftar . Before this, 13 May 2013, pelajar form 6 dah mendaftar. Sedikit demi sedikit, rakan-rakan aku sudah melanjutkan pelajaran dalam bidang masing-masing. Dalam erti kata lain, masing-masing telah terpisah.


mengenali kalian adalah pengalaman terindah


Maka, setelah hampir lima tahun (ada yang dua , ada yang tiga) diatas satu bumi dan tanah daerah baling, kita semua harus menelan hakikat bahawasanya tidak selama-lamanya kita akan bersama-sama. 

Pengalaman bersama susah dan senang di bumi SMKAB ialah merupakan kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan. Meskipun kita bukanlah batch yang terbaik, tetapi harapan aku, moga akan terpatri secebis kenangan buat kita di sana. Di SMKAB. Bumi tarbiah, bumi yang suci dengan nikmat keluhuran Islam meskipun kadangkala gersang namun itulah bumi yang telah mewarnai dan mencorakkan diriku setelah ibu dan bapaku. Tidak salah juga dikatakan , life kat sana yang telah membawa kita semua ke satu stage yang lebih tinggi.

Betul.

Tak sampai beberapa bulan aku meninggalkan alam persekolahan, rindu datang menjemput. Perghhh. Haha. Seriesly, rindu berlari bak  Usain bolt menuju ke DM selepas habis sekolah. Rindu, berpagi-pagian ke sekolah untuk kelas subuh. Bergelak tawa mengekek tengok kawan-kawan tidoq. Bersembang topik HOT dengan guru-guru. Bergosip kala malam sudah larut. Arghhh..


Dan dimasa akan datang, tiada lagi kuiz keretapi, buat kerja sekolah kat luaq kelas,lepak-lepak bilik math*aku pernah kott, menyemak kat bilik s/u peperiksaan, kenjah bilik pai, kopi pasta addmath, kimia, sejarah,biologi,fizik,paq, psi.Mungkin kopipasta nie ada kot kat u nanti. Erk. Ampunkanlah anak muridmu ini. Hehe. Seriesly, mengenali cikgu-cikgu di SMKAB merupakan satu anugerah yang tak ternilai. Cikgu-cikgu memang terbaik.Totally, memang bangga sangat sebab dapat guru-guru macam kalian. T___T. Moga rahmat Allah selalu bersama kalian...


Dihadapan kita akan dipenuhi dengan pelbagai mehnah . Kerana ini, dihadapan kita akan menempuh pelbagai simpang. Dan tiada suatu simpang pon yang mampu menjejaskan arah tuju kita yang lurus itu .
Dengan suasana dan biah yang berbeza, kita tidak lagi mampu berpegangan tangan untuk menolak anasir-anasir yang tidak terjangka. Dan inilah masa kita mengaplikasikan segala yang termampu. Berat tanggungjawab itu. Allahu...


Buat semua, dan aku pasti ada beberapa kerat saja yang baca apa yang aku tulis ini, almaklumlah semua dah masuk belajaq kannn,  kat mana pon hangpa semua berada ada yang nak fly, yang masuk Pra-U, JPA-MARA, MARA, Matrik, GMI, JMI, UIA ,UMS, UNIMAS, UNISZA ,Politeknik, kolej-kolej swasta, tak kisahlah kat mana pon yang aku tak sebut tu jangan lupakan aku. At least nanti kalau jumpa, agak-agak tak ingat , jangan la tunjuk sangat norhh. Cover la sikit. Doa-doakan aku , syat, acap ngan pizack kat uitm nie.Doakan agar kita semua berjaya.Kalau hangpa semua dah berjaya jangan lupakan aku. Masa akan datang semua daripada kita pasti akan menjadi orang yang hebat. AMIN. Walaupun tak hebat dimata manusia, tetapi hebat di mata Allah. Itu yang paling utama. Dan aku akan tumpang gembira atas kejayaan hangpa semua. Yang pastinya, setiap manusia akan beroleh kejayaan masing-masing asalkan ada   DUIT <-- nak tau duit tu apa rajin-rajin la klik.

"Ukhuwah itu bagai seutas tasbih. 
Ada awal tiada penghujung. Dicipta untuk mengingati-Nya, 
dibahagikan untuk cinta-Nya dan 
diratib untuk redha-Nya.."
  

semanis dan secomel ukhwah =D

ukhuwah itu ibarat satu janji dalam hati.
tidak dapat ditulis, tidak dapat dibaca, tidak seorangpun tahu.
namun tak berubah oleh masa.
sekejap di mata, selamanya di jiwa
”  


Banyak sangat dah aku meraban.Doakan aku norh. Doakan jugak aku berjaya menharungi tangga kejayaan aka tangga  MAUT tu. kbaii.

p/s : tiba-tiba rasa macam tak mau belajaq pulakkk... Tak mau pi  U...Homesick kot aku nie.... Semangat please come back to ME !


Moga Allah Redha =)

Tuesday, May 21, 2013

sana sini korek-korek

Assalamualaikum...


*** korek-korek***


Hoi . Apsal dok sebut korek-korek dari tadi lagi . Ehh . Jangan salah faham . Korek-korek (bahasa sopan) atau pun orang putih panggil search . Ya . Zaman millenium sekarang  ni, kau korek siket jumpa la info yang kau nak . Korek yang baik-baik sajaaa . Eii . Kalau sebut korek dah macam apa dah . So, kita sebut godek. Apa yang aku riuh sangat pasai godek-godek ni . Haha .

Tengok yang ini.

nampak dak yang aku petakkan tu =="
 Apa motif ? Haa... Bukan hijau haha ialah seorang sister yang menulis novel . Aku pula merupakan salah seorang friendlistnya . Jadi, ini adalah a bigga keterujaan . Huahua.*Sila abaikan keterujaan aku itu.

Back balik topik pasai korek-korek tadi . Nope its sound godek-godek . Ya . Disebabkan aku bakal students ipta , ( InsyaAllah ya ) ada beberapa aja-aja fighting untuk menaikkan  semangat belajar dan jugak santapan rohani yang sudah kekeringan ini.


1) Jangan berangan tanpa ada tindakan. Jangan sekadar berasa hebat pada sangkaan.Buku yang banyak, jangan dijadikan perhiasan sahaja. *series rasa macam tajam juga...  Read here


2) "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,positif..." *spread the positive ... Read here

3)Blink away the tears, walk forward. Even if the first step hurts, belive that everything will be okay.*dear awak , everything gonna be ok

4) Give your life mumtaz in result .Get a good hardworking , a better thinkful , best fruitage and don't give up! Bukan semata-mata kerana kejayaan tapi mulianya jika BERILMU "*yeah ! Read here

5)Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan air dari langit lalu dengan air itu Kami hasilkan buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada yang hitam pekat.

Dan demikian di antara manusia, makhluk bergerak yang bernyawa dan hewan-hewan ternak ada yang bermacam-macam warna. Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepadaNya hanyalah para ulama’. Sungguh, Allah Mahaperkasa Maha Pengampun

(Al Fatir :27-28)  
*link untuk point yang kelima ini sungguh-sunguh patut dibaca . Biar tercerna akal kita.Allahu..... :')

p/s: All the best untuk dearest reader  tidak kira walaupun dimana stage , status dan jawatan yang dipegang sekarang . May Allah ease our journey ;)

Friday, May 17, 2013

UPU oh UPU

Assalamualaikum ...




Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin 

"Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"
(surah Ali-Imran :54)
 

"Eh, kak , study mana sekarang?"

"Kak study UKM ."

"Wahh, UKM tu . Degree apa? "

"Alhamdulillah, degree pergigian "

" Dulu kat mana?"

"Dulu _ _ _ _ ja "

___________________________________________________________________

"Ada sorang senior kamu dulu, kat sekolah biasa-biasa saja . Masuk matrik, dia struggle habisan .
Sekarang tengah buat degree perubatan kat Ukm "

"Wah, Product matrik tu "

_____________________________________________________________________

" Dah jadi  ustazah dah anak mak cik  tu . Dulu amek stpm ja "

"Alhamdullillah makcik, rezki saya jadi ustazah "

______________________________________________________________________

So guys, hot topic for today is upu . Unit peti undi?  Erghh . Upu ini satu sistem kemasukan ke IPTA dan seangkatan dengannya . Maka hari ini 17 may 2013 , keputusan permohonan bagi upu telah keluar secara rasminya . Ya . Maka banyaklah, aduan, pujian mahupun tangisan akibat daripada keputusan upu ini . Sungguh dahsyat bukan .

Maka, aku bukanlah nak mengulas kedasyatan yang melampau atau sampai ada yang mengetuk-ngetuk kepala bak hammer akibat gagal mendapat tempat ke IPTA pilihan hati . Tidak . Apa yang paling penting dan patut dilakukan sekarang, bukanlah menyalahkan mana-mana pihak kalau kita tidak berjaya mendapat kos yang diminati . Ada beberapa faktor yang boleh menjadi penyebab .

1) Kos yang  dipilih terlalu demand .
2) Markah merit  tidak mencukupi . *sila google cara mengira markah merit
3) Keputusan yang telah anda buat sewaktu mengisi borang . Iaitu tidak menerima sebarang tawaran selain daripada pilihan .

Ini cumalah ramalan yang aku rasa . Tidak timbul isu "mentang-mentang kau dapat, boleh lah buat ramalan "
No . Every human had a hard feeling . Tipulah kalau dia tak sedih kalau tak dapat apa yang dihajati . But-but, Tak bermakna apabila perkara yang dihajati tidak dapat, kita boleh terus menunding jari pada orang lain . Dia ni salah . Dia tu salah . Seolah-olah, tiada jalan lain nak mencapai cita-cita . Guys, itu namanya putus asa .




“...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir.
(surah Yusuf :87)


Subhanallah . Cantik Allah susun .  


" Kekuatan bukan untuk ditunggu, ia untuk dicari"



 Yes . Dari mana sumber kekuatan yang boleh kita peroleh? Sudah tentu-tentunya daripada Kalam Allah dan assunnah . Bersoal jawablah sebanyak mana dan sekuat mana . Pasti Allah ada jawapannya . Tinggal kita saja yang nak mencarinya . Kenapa aku tak dapat apa  yang aku idamkan?



" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui . "
(surah Al-baqarah :216)



Kalau hangpa ada banyak lagi soalan nak tanya dan perlukan jawapan dari kalam Allah . Cuba rujuk sini. Satu lagi, belajar kat mana-mana pun ok saja sebenarnya . Memang akan ada sedikit perbezaan  dari segi suasana , kawan dan guru barangkali . Tapi, itu bukan penyebab untuk kita patah semangat . Mind setting tu penting . Right? Nak jadi ENGINEER ? ARKITEK ? PENTERJEMAH BAHASA ? GURU ? DOKTOR? ISTERI . Err . Haha . Walau apa pon yang kita nak jadi , Ingat . Fa iza a'zamta fatawak a'lallah . Maka, setelah kamu berazam maka bertawakkallah . Hey . Berazam bukan semata cakap, Yezzaa ! aku nak jadik optometry macam Proffesor Muhaya . No . Azam perlukan duit .  
DOA . USAHA . IKHTIAR . TAWAKKAL .  Ada duit , semua jadi . Chill guys !


mungkinkah ini destinasi aku seterusnya?



Dan bagi sesiapa yang mendapat apa yang diidamkan ibarat memeluk bulan *mai mana peribahasa ni aku taktau . Zahirkanlah kesyukuran kepada Yang Maha Memberi . Dan kalau yang berada dalam situasi tersepit diantara beberapa pilihan . Lakukanlah istisyarah dan isthikarah .  .

noted:
Istisyarah : Mengumpul pandangan daripada orang berilmu (pro dan kontra)

Isthikharah : Memohon petunjuk dan ketetapan hati daripada Allah
                   (tidak semestinya melalui mimpi  ) rujuk sini



nota jantung :  I believe . owhh
                     cause I believe ( Irfan Makki feat Maher Zain )




Thursday, May 16, 2013

selamat hari guru

Assalamualaikum...

origami aku buat --"

Hari ini 16 Mei 2013 merupakan hari guru . Maka aku dengan serendah hatinya ingin mengucapkan selamat hari guru kepaa semua guru di Malaysia dan seantero dunia . 

Sesungguhnya, taklifat dan amanah yang dipegang oleh guru cukup berat . Kalau tidak, masakan ada pepatah atau kata-kata yang berbunyi :

"Seorang doktor yang gagal merawat mungkin hanya seorang pesakit, tetapi 
kalau seorang guru yang gagal mendidik akan mengakibatkan beratus-ratus
 bahkan beribu-ribu"

Mungkin agak metafora ayat aku disitu .  Walawehh . Lebih kurang macam itulah ayat dia . Aku modified sana-sini .  Faham idok? Nah, secara tuntasnya, kalau hangpa-hangpa yang ada kat sekolah rendah ka menengah atau mungkin tengah tunggu SPM dan bercita-cita nak jadi guru,  maka aku nasihatkan,  teruskan dengan cita-cita dan niat yang murni itu . Ya . Harus kerana hangpa sudah ada niat dan minat . Itu paling penting . Kalau semata-mata nak jadi guru sebab orang kata jadi cikgu senang, baik tak payah . Kerana guru ini besar peranannya sebagai pencorak generasi akan datang . Memang tabik spring kepada guru-guru . Especially yang masih mengajar dalam zaman millenium dimana generasi kini yang agak sukar dibentuk . Namun , menggunakan acuan niat yang ikhlas guru sendiri ,pasti Allah akan membantu . InsyaAllah . 
Dan jadilah seorang murabbi . Tidak semata-mata muallim . 

noted 
muallim : memberi ilmu
murabbi : memberi dan mendidik

Jadi, beribu-riban ucapan aku lihat di FB .  Dan ada beberapa yang terkesan di hati . Yang ini dikira golongan sasterawan yang bijak buat ayat kan . Tapi bagi aku, ayat yang simple exact , direct  macam Selamat hari guru sudah cukup bermakna . Cewwah . Ye larh . Aku ngaku aku memang tak pandai buat  ayat jiwang-jiwang nih . Dah-dah stop, melalut . Tengok video ini.






Lepas tengok video ni, teringat waktu sambutan hari guru yang memang gempak tiap-tiap tahun kat sekolah . Macam-macam aktiviti ada . Dan paling aku tunggu-tunggu sudah tentu salam perantauan . Time nilah ex-student, mostly video yang aku tengok dalam tempoh lima tahun, yang berada diluar negara akan buat ucapan hari guru . Memang best . Dan-dan rasa semangat ruhul nak belajar berkobar-kobar gaya orang nak pi perang nun . Sehari je larr . Besok tu tidoq dalam kelas lagi .  Ampun cikgu . Hehe . Dan ada satu lagi perasaan .  Perasaan nak pergi oversea jugak . Berangan dan berimpian dulu . Kalau ada rezki , kita pergi . 
Not as student as traveller . Kannn . 
Lalalala~



Nota jantung : esok result UPU keluaq . Doakan yang terbaik untuk aku dan kawan-kawan .

Moga Allah Redha kita=)

Friday, May 10, 2013

Kehidupan Matematik

Assalamualaikum...
pfuuu~~
Salam Jumaat semua . Dont forget Al-Kahfi ya, readers .

Apa motif aku hari ini . Nak cerita pasal subjek matematik ataupun addmath . Owhooo . Dah berbulan aku tinggal . Agak-agak tebai mana dah karat kat otak aku ni . Shuh . Actually, beberapa hari lepas aku ada terbaca buku yang dapat waktu HAC . Ya, buku yang padat tumpat dengan ilmu dan maklumat dan sampai sekarang aku tak habis baca lagi . Disebabkan ketepuan maklumat yang disampaikan, I need to take time to read norhhh . Cehh . Kalau novel sehari dah habis .

Pfuuu..

Haa . So back to our topic . Manusia sebenarnya tidak boleh lari dari kehidupan yang matematikal . Macam mana tu? Menurut fahaman aku sebelum aku habis baca bab tu, macam kehidupan kita ni memanglah dipenuhi dengan nombor-nombor matematik . Menjadi kewajipan bagi kanak-kanak, masuk
tadika-pasti-tabika belajar mengenai abjad dan nombor . Bila umur meningkat 7 tahun, mula belajar tambah tolak darab bahagi . Masuk sekolah menengah, lagilah macam-macam belajaq, unknown, linear programming dan macam-macam lagi. Yes . Betoi sangat, dalam fikiran aku masa secondary school, apa pekdah aku belajar semua ni . Pemikiran macam sempit sikit . Maka , jawapan yang aku beri kepada diri aku, matematik ni mesti ada kaitan dengan pelajaran kat u nanti . sambil kata dalam hati, Dear brain, please be nice to me ! Agaknya, sebab inilah aku tak boleh skor A+ kot . Haha



And now, the perspective abour mathematics should be change . Especially kepada sesiapa yang tak suka matematik . Cuba kita lihat dari sudut ini:


hasaba  .  hisab   .  muhasabah

To arabic student, for sure hangpa tau kan pasai terbentuknya perkataan muhasabah dan aku pon tak nak hurai banyak-banyak . Cuma, aku rasa macam nak ketuk kepala sendiri sebab sebelum ni , fahaman aku mengenai muhasabah ini membawa maksud reflects ourself back right . Without Im realised, muhasabah comes from words hisab iaitu menghitung . Makanya, unsur kira-mengira, menghitung dan   melaksanakan amanah ini amat dekat dengan manusia . Seriesly !


"     Nombor dapat memahamkan kita tentang makna ketepatan,
Angka pula memahamkan kita tentang keseimbangan  dan
Ilmu Hisab dapat menginsafkan kita tentang amanah yang dipertanggungjawabkan   "


Perbezaan antara konsep matematik moden dengan ilmu hisab ialah mengambil perspektif nilai . Angka dan nombor bukanlah something yang kosong, but when we use in certain purpose , it lead into value that bersifat luaran dan dalaman . Kalau kita tengok pada angka dan kaitan dengan math, cuma ada pada persamaan, pertambahan , pengurangan atau perbezaan dalam sesuatu unit . Tapi kalau dalam konsep ilmu hisab ia tidak hanya dinilai pada hubungannya dengan sesuatu unit, tetapi ada berkaitan dengan makna ketepatan, kesempurnaan dan tanggungjawab . Pening lagikan?

Contohnya macam ni, zaman sekarang kita cuma mempelajari dan manipulated angka hanya sebagai latihan untuk memahirkan diri dalam angka sebagai persediaan untuk jenis pekerjaan dan bidang kajian yang berkaitan . Misalnya, nak jadi enggineer , akauntan ,guru dan arkitek, harus mahir dalam ilmu maths nie .

TAPI 

Kita terlupa yang matematik ini memahamkan kita tentang makna ketepatan , keseimbangan dan ilmu hisab pulak dapat menginsafkan tentang amanah yang dipertanggungjawabkan . Contoh paling tepat ialah kekuasaan Allah menjadikan dan mengawal alam ini . Bintang-bintang yang beredar di atas sistem yang tepat dan teratur . Cakerawala beroperasi dengan seimbang dan sistem kita iaitu sistem bima sakti yang wujud adalah gambaran paling precise tentang ketepatan , keseimbangan .

Dan kalau kita perasan, apa yang dilakukan dalam kehidupan sentiasa berkaitan dengan nombor seperti Kalau didapur, kita akan tertanya-tanya berapa kepoi nasi nak masak, berapa banyak air nak isi,berapa banyak santan nak guna, berapa banyak garam gula dan lain-lain lagi.

Kalau nak buat rumah, berapa besaq rumah, baerapa banyak batu, simen, tiang, dinding , pasir dan segala bagai yang diperlukan untuk membina rumah yang tepat dan sempurna . Kalau dak, kucar-kacir lah rumah kita .

Nah, lagi-lagi kalau dihubungkan dengan ibadah . Misalnya,  perkiraan tentang waktu solatiaitu jumlah rakaat yang perlu disempurnakan, pahala yang bertambah atau berkurang, kiraan zakat yang dikeluarkan dan belanja haji yang perlu dikeluarkan .

Gotcha !

Makanya, mulai sekarang , mari kita melihat matematik dari sudut dan perspektif yang lebih terbuka . Dan amat penting jugak bagi kita untuk menyedari bahawa matematik dan ilmu hisabmempunyai kaitan dengan kejadian Allah . Tanpanya , manusia akan berasa kekurangan untuk memahami setiap nikmat dan rahmat yang dikurniakan Allah .

p/s : Ikhlaskan diri dalam menuntut ilmu dan sentiasa mengaitkan apa yang dipelajari dengan kekuasaan
       Allah  . Hikmah yang ditemukan  cukup besar . Takbir !

Jazakillah=)

Thursday, May 9, 2013

Soal Hati Aku

Assalamualaikum ...
 

gedabak kau hati aku --"
Hati ialah organ yang terdapat di dalam badan manusia . Pada usia yang belum agak matang ni, remaja-remiji lebih banyak melihat kepentingan hati ialah untuk berpasangan . Walaupun ibadah kadang-kadang dilaksanakan dengan sempurna, tetapi kita kadang-kadang alpa dan leka mengingati kepada yang
Maha Esa . Fungsi hati tidak dicambahkan kepada pelbagai sudut . Bahkan difokuskan kepada keinginan nafsu semata . Tidak selari dengan akal yang diberi .  But, dah nama pun manusia, memang tak terlepas dari kesilapan . Bagi aku , penting untuk kita semua letakkan prioriti kecintaan dalam hati .

Sedar atau tak, aku pernah juga berhadapan dengan karenah manusia . Alkisahnya macam inilah lebih kurang :

Si H : Aku tak bolehlah, aku dok teringat kat dia .Dahlah kita nak exam ni .Aku tak boleh fokus
Aku : Biasalah kalau suka tu, fitrah kita tak boleh nak halang tapi cuba hang fikir apa yang hang akan
         dapat   kalau hang dok ingat kat dia pun.*dalam hati aku dok kata: macam mana aku nak 
           bagi nasihat  ni, teda pengalaman
Si H : Aku dah cuba bermacam cara nak lupakan dia tapi tak berkesan.
Aku : Friend ,look here. Aku ni sangat takda pengalaman dalam bab-bab ni . But nasihat aku, jangan
          ikut perasaan sangat . Hati ini hakmilik kita, maka yang kan mengawalnya hanya kita . Ni nasihat
          aku yang takdak pengalaman . Dan yang paling penting, kalau dah suka sangat berdoalah
          pada Allah.=))

Seriesly, aku kalau nak jadi Doktor cinta memang tak layak . Dan kalau diberi ulasan pasal cinta memang tak tidoq seminggu . Heh. One day, as usual waktu aku dok blogwalking, I found one article that explain clearly . Even it was in cerpen type . Tapi penjelasan yang diberikan boleh menjadi panduan untuk guys and gurls outside .

Pfuuu...



Jari jemarinya laju menekan pad Notebook Asus yang baru dibelinya sebulan lepas. Sesekali dia menghirup jus nanas pekat di sebelahnya. Muzik nyanyian Jem, Falling For You berkumandang memenuhi ruang headphonenya. Ideanya terasa tidak lancar seperti selalu. Lagu ini tidak mampu membuahkan sebarang inspirasi seperti yang diinginkan. Sambil mencongak dateline untuk manuskrip yang sudah hampir tiba, dia mengeluh sendirian.

"Assalamualaikum."

Dia masih fokus pada skrin Notebook yang berwarna merah hati itu. Salam itu dibiarkan tidak bersambut. Rupa-rupanya, dia tidak perasan kerana telinga tertutup dengan headphone. Bahunya dicuit lembut. Kepalanya berpusing pantas, terkejut.

"Eh! Sorry sorry. Aku tak perasan. Bila kau sampai?" Zahirah tersengih sambil menarik headphone yang melekap di kepalanya.

"Assalamualaikum Zahirah." ucap kawannya sekali lagi sambil tersenyum manis.

"Waalaikummussalam. Duduklah." pelawa Zahirah dengan wajah yang ceria.

"Lama tunggu?"

"Tak de lah. Asalkan Notebook aku ni ada, bertempek dengan novel aku yang tak sudah-sudah ni, masa  macam cepat je berlalu." Zahirah ketawa kecil.

Adnin mengangguk sahaja. Dia merenung wajah Zahirah, teman sekuliahnya dahulu. Sebenarnya, dia ada hajat datang berjumpa Zahirah. Entah kenapa, dia terasa ingin berbincang dengan gadis itu. Rasa senang nak berkomunikasi dan berkongsi cerita. Kadang-kadang, dia suka mendengar pendapat Zahirah walaupun Zahirah bukanlah seorang ustazah atau alim ulamak ke apa. Dia terasa pemikiran Zahirah semakin hari semakin mendewasakan. Tak percaya juga dia bila teringat Zahirah zaman dulu-dulu.

"Novel ko banyak lagi ke nak siap?" soa Adnin, sekadar memulakan perbualan. Dia sedikit cangung. Segan nak terus ke topik utama.

"Emmm. Adalah banyak juga. Now tengah klimaks. Tapi, aku tak de idea nak terus menaip. Tiba-tiba jam otak. Idea tu suka sangat datang time traffic jem, time aku driving tengah layan lagu jiwang sikit ke. Haaa, time tu memang berlambak. Sampai je masa mengadap laptop, hilang." jelas Zahirah sambil menggaru pipinya.

"Ko catat tak idea ko tu? Masa idea tengah banyak?"

Zahirah memandang tepat muka Adnin. Eh! Betul jugak ek. Aku tak catat satu huruf pun!

"Heee. Aku tak catat la weh. Err, tak terfikir. Bernas juga idea ko tu Adnin." Tersengih panjang si Zahirah sebentar. Kata novelis, perasan! Benda basic setiap novelis buat ialah mencatat segala idea dan apa-apa paparan yang terlintas di kepala. Poin kecil. Lepas tu baru buat cerita.

"Terima kasih. Nanti aku nak gi beli nota comel sikit, special untuk aku catat apa patut." Kemudian, Zahirah memanggil seorang pelayan yang kebetulan lalu dekat meja mereka berdua. "Adnin, orderlah. Aku belanja ko hari ni."

"Eh, sepatutnya aku belanja ko sebab aku nak jumpa ko." Adnin segan.

"Relek la. Bukan senang aku nak belanja tau. Pilih je apa yang ada dalam menu. Ha, dik, tolong bagi akak kita ni buku menu ye."

Pelayan itu tersenyum dan segera berlalu untuk mengambil menu seperti yang dipinta. Tidak berapa lama kemudian, pelayan itu kembali. Buku menu kini bertukar tangan. Adnin membelek dan melihat menu yang ada. Otaknya tak dapat nak register apa yang dibaca. Dia bukannya lapar sangat, tapi Zahirah beria nak belanja, kasihan pula.

"Dik, saya nak orange juice dan ice cream with chocolate cake." ujar Adnin sambil menghulurkan buku menu. Pelayan itu mencatat dan mengulangi pesanan Adnin, kemudian dia beredar dari situ.

"Aik itu aje? Kenyang ke Adnin?"

"Tak pe. Tadi aku dah makan kat rumah." Adnin diam seketika. Zahirah juga senyap. Masing-masing menanti topik utama untuk diutarakan.

"Em, Adnin. Apa yang ko nak cerita dengan aku tu?" Terus Zahirah bertanya. Dia sebenarnya tertanya-tanya. Macam ada sesuatu yang serius je si Adnin ni. Cuak jap.

"Zahirah, aku dah lama fikir soal ni. Ni antara kita aje ye. Aku seganlah. Biar aku straight to the point. Pada pendapat ko, camne sebenarnya cara kita nak berkawan dengan lelaki dalam Islam? Kalau kita tak leh nak berborak, camne kita nak kenal perangai orang tu?"

Zahirah terdiam. Soalan yang menarik tetapi berat untuk dikupaskan.

"Em, aku bukanlah orang yang tepat ko nak tanya soalan camni. Tapi, apa yang aku faham, dari pembacaan aku semua, kalau benda tu tak penting dan tak de tujuan, kita tak dibolehkan untuk berbicara dengan lelaki. Kalau just berbual kosong pun, sebenarnya tak boleh. Dari segi berkawan tu pun, kalau keluar nak bersuka-suka, hang out sama-sama pun sebenarnya tak boleh. Sebab takut bila kita berborak, kalau over the phone, suara kita mungkin menarik hati dia. Kalau secara berdepan, takut kita bergurau di luar sedar dan itu pun dah menyentuh hati dia. Depends." jawab Zahirah. "If ada benda penting je, kita boleh nak contact laki tu, kalau nak cerita sihat ke hari ni, makan apa, tak payahlah."

"Itulah. Tapi, camne kita nak mengenali jodoh kita? Sebelum kahwin mestilah kita nak kenalkan." tambah Adnin.

GULP! Camne nak jawab ni. Kalau bercerita tentang hukum hakam Islam, takut juga dia salah bagi nasihat pada Adnin. Tak pelah. Aku just boleh kongsi apa yang aku faham dan yakin selama ini. Yang memang tak bercanggah apa-apa dan kalau fikir sendiri pun, benda tu logik.

"Aku bukanlah nak kata follow seratus peratus.Aku pun pening-pening juga. Tapi, memang aku mengawal diri dan elak terjebak benda-benda camni. Soal hati memang paling payah, paling senang dipengaruhi sebab hatilah yang sentiasa berbolak-balik. Hati susah nak tetap pada sesuatu benda. Susah nak istiqomah untuk orang macam kita ni. Memanglah senang cerita camni sebab aku tak de pakwe. Kalau bab nak kenal dia tu, mungkin kalau ko nak berjumpa dia juga, bawalah muhrim ko. Jangan jumpa berdua. SMS pun benda perlu, tapi siang hari je. Call pun siang hari je. Sebab kalau malam-malam, suasana dia lain macam dah. Ko boleh risik pasal dia dari member-member dia ke." ujar Zahirah sambil tersenyum. Pada ketika itu, dia teringatkan seseorang yang jauh tetapi dekat di hatinya.

"Sebenarnya, ada someone nak kenal dengan aku. So far kitorang SMS je, cuma tanya khabar buat apa semua. Tak de call lagi. Bila fikir jodoh ni, aku selalu terfikir kalau camtu, macam mana kita nak pilih jodoh yang sesuai dengan kita?"

Zahirah tersengih lagi. Apa yang Adnin fikir, dia juga pernah terfikir. Tapi, disebabkan dia tak terasa seru jodoh tu dekat, Zahirah kurangkan berfikir benda-benda tu. Baginya, kalau jodoh dah sampai, tak ke mana. Insya Allah lancar perjalanan.

"Adnin, aku yakin dengan Allah je pasal jodoh ni. Hati kau kena yakin, doa tu mestilah kan jangan putus. Sebab Allah sentiasa mengikut prasangka hamba kepadaNya. Kalau kita fikir baik, baiklah outcome dia nanti. Cuma cepat atau lambat. Adalah hikmah tu. Jodoh ni, aku pun terfikir kadang-kadang. Cuma yalah, apa aku boleh buat selain berdoa kan. Lagi pun kes aku ni lain sikit."

"Kau masih mengharapkan dia ke?" tanya Adnin.

"Ya." Zahirah tersengih-sengih, ceh segan konon. "Aku yakin dia untuk aku. Sebab aku tak pernah rasa camni kat sesiapa. Tak mudah juga Adnin. Selalu aku teringat, tapi aku tak dapat nak contact dia. Bukan tak de contact number, cuma tak de benda penting nak beritahu dia. Takkan nak SMS cakap rindu kat dia semata-mata? Mengacau hidup dia pula. Apa aku buat sekarang ni, doa je la. Tak perlu nak risau-risau jodoh kita kat mana. Kalau betul dia untuk kita, adalah tu Allah tengah rancang camne nak temukan dia dengan kita. Aku percaya dengan love story yang Allah tuliskan untuk aku."

"Aku kagum dengan ko." ujar Adnin sambil tersenyum.

"Amende nak kagumnya. Tak de apalah. Ko ni....Em. Cinta yang tulus dan ikhlas, datang bersama dengan keyakinan kita kepada Allah juga. Aku tak nak perkahwinan aku berdasarkan cinta kepada nafsu. Aku nak perkahwinan aku dipenuhi dengan rahmat Allah, aku nak malaikat jadi pengapit pernikahan aku, aku nak mas kahwin yang diredhai Allah dan aku nakkan hadiah pernikahan dari Allah iaitu sebuah keluarga yang bahagia dan dirahmati sehingga akhir hayat."

Adnin tidak membalas. Dia masih menanti ayat seterusnya dari Zahirah.

"Ko tahu Adnin? Perkahwinan memang impian setiap orang. Tapi, aku selalu fikir tanggungjawab selepas kahwin tu sebenarnya. Berat yang amat. Kita nak bawa title sebagai isteri pada dia. Banyak benda kita kena jaga. Perkahwinan bukanlah nak seronok jadi raja sehari semata-mata, tapi perkahwinan itu ialah persetujuan kita untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan Allah bersama-sama. Kita kena bermula dari sekarang, betulkan diri kita, perteguhkan iman kita, cara kita semua, sentiasa rajin untuk beribadah dengan giat. So, bila kita dah ready jadi isteri solehah, jodoh tu sekelip mata je. Mestilah kita nak jadi yang terbaik untuk dia kan, dan kita pun nakkan yang terbaik dari dia."

"Betul kata kau. Entahlah. Aku nak kata suka kat dia tu, belum ada lagi. Sekarang cuma kenal-kenal dulu. Memanglah kita kena jaga, tapi kadang-kadang aku macam kalah dengan perasaan aku sendiri." kata Adnin. Kek coklat bersama aiskrim vanila di depannya, disudu sedikit demi sedikit.

"Sapa yang tak pernah kalah dengan perasaan sendiri. Tapi, kita kena kuat dan pandai kawal rasa hati kita. Fikirlah, kita nak rahmat dan redha Allah kan, so kita buat apa Allah suruh. Aku selalu ingat, dulu dia pernah gitau aku, kalau kita jaga hak Allah, Allah jaga hak kita. Tak pun, Allah balas dengan lebih baik lagi. Benda yang susah dan pahit ni, biasanya ada kemanisan di hujungnya." Zahirah save word Novel yang ditaipnya tadi. Tak pasal je terlupa save, penat je menaip.

"Terima kasih weh. Aku keliru kekadang. Bila tengok kawan-kawan semua dah ramai yang kahwin, ada anak. Terasa macam nak jadi cam dorang juga."

"Akan sampai masa ko tu. Don't worry Adnin. Memanglah dorang dah kahwin, tu jodoh dorang. Tapi, jodoh kita yang belum datang ni, kita kena gunakan masa yang ada sebaiknya. Luangkan masa dengan family, dengan mak ayah, adik-beradik semua. Dah kahwin nanti, takut masa tu dah kurangkan. Banyak benda boleh kita buat," tambah Zahirah sambil tersenyum. "Boleh tahu sape nama lelaki tu?"

"Eh...er..." Adnin tergamam seketika. Terkejut dengan soalan mengejut dari Zahirah. Tersipu-sipu Adnin menjawab, "Fatah."

"Sedap nama tu." puji Zahirah, ikhlas. "Eh, camne dengan kek tu sedap? Boleh recommend aku beli lain kali?"

"Kek dia memang sedap. Coklat pekat sungguh. Nah cubalah." pelawa Adnin sambil menghulurkan kek coklat bersama aiskrim vanilla itu. Zahirah menolak perlahan.

"Aku harap ko okay lah dengan penjelasan aku tu. Titik tolaknya, ko kena yakin dengan Allah. Jangan terlalu risau dengan jodoh ni. Of course, mestilah kita semua nak kahwin, tapi let say kalau jodoh kita lambat, atau memang tak sampai di dunia ni, insya Allah ada la tu kat akhirat ke." Zahirah terangguk sendiri.

"Thanks Zahirah. Aku bukan apa, kadang-kadang perlu renew motivasi diri aku ni. Sekejap semangat, sekejap cam hanyut sikit. Oh, ko pergi ke wedding kawan kita kat Ipoh nanti?"

"Pergi, insya Allah. Aku harap tak de pape hari tu. Nak sangat konvoi sama-sama!"

"Eh, laparlah. Offer belanja ko tu, still ada lagi?" Adnin memegang perutnya sambil merenung muka Zahirah. Zahirah ketawa kecil.

"Haa, boleh. Minta la menu dengan abang waiter tu. Order apa yang patut. Amboi, tadi segan-segankan."

Adnin tersengih. Mereka berdua terus memesan untuk makanan tengah hari. Rupa-rupanya, waktu sungguh cepat berlalu. Dah nak masuk waktu Zohor. Zahirah dan Adnin menyambung perbualan, bertukar-tukar cerita tentang latest news kawan-kawan lain sambil menikmati makanan tengahari bersama


THE END
 

P/s : tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.

Jazakillah=)

Wednesday, May 8, 2013

google reader

Assalamualaikum....



Ohmaiiiii... Sebenaqnya aku dah lupa yang google reader ni dah nak retire.Tiba-tiba semalam, muncul notifications waktu aku buka google reader tu . Memang sedih gila . Perasaan yang hampir sama bila Mark Zuckeberg announce nak close FB . Hiuuuu.  Google reader nie dah macam adik aku*ingat manusia ka . Kalau FB dah macam adik angkat . Heh .  Hampir setiap hari rutin aku, buka facebook dan google reader. Buka facebook ada tiga action yang aku buat tekan noti-tekan home-tekan news feed-tekan grup-tekan setting-logout . Kalau rajen sikit, paste status dan aq tak berapa suka nak luah kat FB nie . Sebabnya, nak sebarkan aura positive . Cehhh . Haha . Tapi memang betoi , sebab once you are having heavy problema , you just open FB and read my timeline . Motivasi gitu .



Lepas logout taip google reader . Sapa-sapa yang tak tau pasal google reader silalah google ya . Google reader nie dah mcam second library bagi aku . Sistem yang ringkas , tak serabut, kemas dan paling penting it store the all entry of the follow blog . Misalnya, blog tu kau baru follow dua tiga hari, tapi kau dapat baca story yang zaman tok nenek moyang dulu punya . Memang lejen gila . Boring-boring tahap nak tersengguk , aku buka google reader . Kalau takda new entry pon, boleh baca entry lama -lama walaupun dah bertahun-tahun, rasa macam x luak dan boring pon . Functionality dia yang buat aku lagi tergoda, kau boleh rate karya yang kau suka dan bacalah  berbillion kali pon tak pa.


Dan kalau kau nak cari apa-apa yag berkaitan macam  somedays tu kau nak tahu pasal keikhlasan . Just search there . Maka keluarlah artikel ka sajak ka dari blog-blog yang difollow. Mengenang balik sejarah pertemuan aku dengan google reader ni*poyo kau . Waktu tu aku masih di form 4 . Baru berjinak-jinak nak buat blog . Then aku tertekan somewhere la dekat dashboard tu, keluaqlah google reader . Muka time tu memang terkinja-kinja gila sebab excited tahap dengan wujud aplication macam nie . Kira dah hampir dua tahun lebih la aku menggunakan application ni . Tup-tup tahun nie google announce untuk retired macam kita baca kat atas tadi .

Maka, haruslah aku mencari RSS FEED yang baru nak gantikan google reader yang disayangi . Google punya google jumpalah yang nie . JENG JENG


tekan dan follow  





NuffnangX ni social medium juga untuk mudah stalk blog-blog yang kita follow . nie tagline dya Join NuffnangX to find, follow and communicate with bloggers on the go! Import your blogs from Google Reader! . Satu kelebihan dia , boleh upload balik blog-blog yang pernah kita follow dekat google reader dulu . Kan lepas download melalui google takeout then upload balik . Tekan dekat setting tekan subscriptions .  Sebelum tu ada juga aku tengok dekat networking ka apa tah . Yang warna hijau tu . Dekat situ macam terlalu international sangat .

So, by only two month we will waving google reader . The one MOST gigantic and influence RSS feeder . Haaa . Amek  kau awards tuu .


come back to me google reader



p/s: If I had you, that only be'd the thing I ever need
      ~Adam Lambert~

Jazakillah=)

Saturday, May 4, 2013

#rmindless# a lowest esteem

Assalamualaikum...




when a little troubles distract
feel of small
deep inside core heart
nobody likes me



Friday, May 3, 2013

of being spectacular

Assalamualaikum...




Yeah, a bunch of congratulations i given to all my friends that succes in last SPM . All the efforts worth the achievement . But for those that was unsuccesful , life must be go on . Let gone be bygone . Although you had cried tears of blood , it would not change anything . What happen is our fate . 

Menjadi seorang yang hebat? Sapa tak mau kan .*angguk laju-laju Kalau ditanya kepada aku, apakah ciri manusia yang hebat? Aku punya definisi sendiri . Tak perlu dirungkai . Biarlah ia terluah dan menjerut tangkai hati aku saja . 

Tapi di sini aku rasa satu perkara yang patut kita tahu . UJIAN HEBAT UNTUK MANUSIA HEBAT . 
Kenapa ? Inspirasi yang sangat jelas dan terang ialah Baginda Rasullullah s.a.w . Dalam kita menelusuri kembali ujian yang datang bertimpa-timpa dalam kehidupan kita , cuba kita renungkan kembali dugaan yang dihadapi Rasulullah dalam menyebarkan agama Islam . Yelah ,korang semua selidik sendiri lah norh . 

Haaa ... Huuu ...
Tarik nafas ^^

Yeah diakui , aku bukan golongan hamba Allah yang hebat.
Tak hebat dari segi mentally nya . Fizikally tu bukan soalnya . Sebab sedari kecil sampai besar , flow hidup aku tak adalah sukar sangat . Kalau bagi rating , mungkin di tahap sederhana . Cuma , kadang-kadang berhadapan dengan masalah yang kecil , aku rasa masalah tu besorr sangat . Tapi2 , aku memang salute tengok kawan-kawan aku yang berhadapan dengan masalah besar sebab depa still can withstand with those thingy . Memang hangpa hebat larh . Tapi kita kena buat persiapan jugak untuk diuji kerana ujian ini tak kira masa , waktu dan kelapangan kita .



"Allah does not burden a person with something more than he can bear"
 (Surah Al-Baqarah 2:286)



Sama ada aku terduduk jatuh dek ujian atau bangun melawan ujian kerana kehidupan adalah ujian . Biarpun ujian datang seperti titisan air hujan, tapi di pengakhiran pelangi selalu menanti dengan warna yang menceriakan . Biarpun kita bagai langit dan bumi , jangan kita lupa sebenarnya langit dan bumi sentiasa bertemu di laut . Opss , seriesly peribahasa tu memang tak relevan lagi bagi AKU . 

p/s: perjuangan nie macam sambal belacan pedas tetapi menyelerakan *tekak orang melayulahh


Jazakillah=)




Tuesday, April 30, 2013

of melancholy story

Assalamualaikum...

Saat aku menulis ini, daku sedang menikmati secawan kopi espresso bersama donat dicecah coklat panas . Cukup menyamankan bagi tekak daku yang sungguh mengada-ngada . Hakikatnya, bertemankan irama Just Give Me A Reason by Pink dan Nate Ruaes sangatlah tidak secocok dengan cerita yang daku nak ceriter ni.

sejak bila aku minum kopi ni --"


Ha . Ha
Gelak yang sungguh tak ikhlas.

OK .
Hari Selasa di kampung tiga ratus kaki nie memang sangat meriah dengan pasar malam yang dibuka pada petang hari dan ditutup agak-agak lepas maghrib . Bukan pasar malam yang aku nak highlightkan, tapi ada satu peristiwa yang cukup memberi impak.

Waktu tu, aku dengan adik aku jalan-jalanlah pusing pasar malam tu . Lepaih dah penat pusing, kami dua pun pergi ke gerai kuih, nak beli kuih yang dipesan oleh bonda . Takdalah rasa ganjil ke , ganjal ka ginjal ka sebab aku memang dah biasa membeli -belah kat pasar malam nie . Tambahan pula, sejak aku menanam anggur, maka sudah menjadi kebiasaan untuk aku mengunjungi pasar malam itu.

Jadi aku memang dah hapai dah gerai-gerai yang menjual di situ . Tanpa membuang masa, memandangkan suara-suara katak yang begitu ceria kedengaran memanggil hujan, aku melangkah ke gerai kuih tu. Yeah, aku taw . Dah dua kali dah aku ulang benda yang sama . Lalu, waktu aku dok order kuih kat makcek, biji mata aku yang tak berapa bulat nie ternampak la pakcik kat sebelah gerai nie. Eh, sejak bila pulak pak cik ni meniaga kat sini. DAk . Tak marah pun kalau pakcik nie nak meniaga . Bukan aku nie pegawai MDBB ka Polis ka . Erk, ada kaitan ka . Takpalah, tak kesah pon kalau pak cik tu meniaga tapi keadaan pak cik memang betul bagi gua menitis air mata . Mata dia yang kuyu dan sayu melihat kearah gerai mak cik yang agak terkenal kat situ menjual dan mendapat hasil jualan yang agak lumayan. Kemudian , dia tengok pulak kearah gerai jualannya yang nampaknya macam teda perubahan . Meants, takda yang membeli . Tak tau lah sebab apa kan, tapi mungkin sebab pak cik nie first time niaga kat situ atau sebab meniaga buah-buahan. Ya lah, gerai itu macam ke dalam sikit dan agak tak sesuai nak meniaga buah kat situ . Dan lagi menambahkan kesadisan, pakcik tu bawak keluaq duit dia untuk dikira. Yang aku nampak cuma duit seringgit dan beberapa keping duit sepuluh ringgit . Tolonglah , pak cik dengan muka sayu tuuuu ... Uwaaaaa ... Rasa macam tragis sangat . Nak tolong pon aku bukan kaya sangatlah . Haaaaa ... 


Pfuuuu ...

But for now, I think one thing that i can help him  is by regarding a du'a for him. May Allah ease his way in earning a living .And, suddenly i think of this :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” 

(Surah Ar-Rad:11)



p/s:Moga Allah redha kita.

Jazakillah=)


Sunday, April 28, 2013

Cinta

Assalamualaikum...



 Couple . Kapel . Pasangan . 

Saling berkaitan tapi berbeza daripada segi aplikasinya melalui cinta .

Dan cinta . Merupakan tajuk popular seantero dunia .

Apa yang aku cuba sampaikan . Cinta itu luas dan berharga . 

Cuba . Letakkan cinta pada tempatnya . Cinta Allah , Rasul , Ibubapa dan seterusnya .

Kau fikirlah . 


Jazakillah =)

Tuesday, April 23, 2013

IVF ( In Vitro Fertilization)

Assalamualaikum...

How are you feeling today?                 

a-Alhamdulillah, Great, Im in excellent
 *mcm riak sikit kan tapi memang bagi semangat kot dengaq

b-Errr..Ermm, feeling well.

c-Sihat-sihat saja.

Pastikan positifkan jawapannya. Bukan apa , ini  salah satu cara untuk membangkitkan dan menarik aura-aura positif ya. Setiap jawapan yang kita berikan memberi lambang keadaan diri kita.Yeah, Dah macam pakar motivasi dah haku nieh =="

So, based on tajuk post , aku ingin menceritakan serba-sedikit mengenai kaedah IVF ataupun bayi tabung uji. Sebenarnya, apakah yang membuatkan aku terhingin nak menulis dan mengkaji balik pasal tajuk yang sangat berkait rapat dengan "subjek favorite" aku. Macam ni, ada seorang kawan aku tiba-tiba call tanya , dan aku terpaksa menggelintar fail-fail lama. Dan apakah yang menyebabkan dia bertanya? Sebenarnya, dia bekerja di sebuah taska dan ada sepasang kembar yang melalui proses tersebut dan SEKARANG mereka berusia 4 tahun serta mempunyai fizikal yang kecil. Maka , banyaklah persoalan yang timbul. Itulah, dulu malas sangat nak tekun subjek tersebut.Tiba-tiba aku teringat satu quote:

" Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat"

Pfuuu~

So, back to our topic, mari kita recall serba sedikit mengenai IVF



  • IVF ataupun in vitro fertilisation , dalam Bahasa Melayu lebih dikenali sebagai bayi tabung uji
  • Merupakan kaedah persenyawaan yang berlaku dalam controlled enviroment di dalam makmal di luar  badan manusia
  • Kaedah ini digunakan apabila Tiub Falopian disekat lalu sperma tidak dapat disenyawakan
  • Menggunaka alat yang dipanggil laparscope  untuk mengeluarkan ovum yang sudah matang
  • Ovum tersebut diletakkan dalam glassware bersama culture solution 
  • Kemudian, pekatan sperma ditambah di dalam glassware
  • Maka, akan berlakulah persenyawaan antara ovum dan sperma sehingga menjadi embryo
  • Selepas 2 ke 4 hari, apabila embryo tersebut telah mencapi peringkat kelapan, embryo akan ditempelkan ke didnding uterus
Menurut pembacaan aku, potensi untuk hamil apabila dimasukkan satu embryo ialah 20%, dua embryo 50% dan tiga embryo 60%. Memasukkan satu embryo lebih selamat tetapi apabila memasukkan dua embryo , risiko mendapat anak kembar meningkat.

Hujan bayi


Pasangan tidak digalakkan hamil untuk mengandungkan anak kembar kerana memberi risiko kepada bayi sama ada keguguran, kecacatan atau pra matang. Ibu pulak mengalami risiko tinggi untuk menghidap penyakit darah tinggi dan diabetes semasa hamil. Risiko semakin meningkat jikalau hamil kembar tiga kerana ibu mungkin terpaksa melahirkan secara kaedah caeser.

Haaa. Panjang lebar aku terang.Faham dak? Tak faham. Pi tanya cikgu. HAHA. Ok. Kalau mengikut cerita kawan aku tu, the twins dah berumur 4 years tapi fizikal nya sangat kecil. Kecik tara mana aku tak taw lah sebab  bukan aku pi tengok pon. Mungkin ini  risiko yang terpaksa dihadapi oleh twins tu dan parent depa juga. Actually, teringin juga nak tengok kanak-kanak hasil tabung uji. Susah payah dan pelbagai usaha dilakukan agar mereka terus hidup.Jadi, kita yang senang tiada kesakitan tiada kecacatan tiada kepayahan masih malas mahu bersyukur.Maka terungkailah persoalan bayi tabung uji. Walaupun tidak berapa banyak informasinya, harap dapat menambah ilmu didada.

Sigh.





nota limpa : Akhir-akhir ini daku teraddicted nak update . Haha . Hope aku terus rajin . Moga Allah redha.

Jazakillah=)