Sunday, February 24, 2013

Jangan dok Murai sangat

Assalamualaikum...

Aha.Beberapa hari yang lalu aku sedang membasuh ayam di rumah.Hok aloh, basuh ayam pong nak citor. Ada aku kesah.Ehem. Berbalik soal basuh ayam tadi. Aku cuma terpikir , kalau jadi ayam cakap sesama ayam tak la sakit hati sangat.

ini bapak ayam berleter
 Motif? Ye la, secara umumnya ayam atau nama saintifiknya Gallus gallus merupakan sejenis burung yang diternak untuk telurnya. Ayam juga berada dalam spesies burung  dan merupakan bururng paling biasa di dunia. Satu lagi , ayam merupakan haiwan maserba. Sumber wikipedia.  Asal kau excited kemain citer pasal ayam ni?Hah, aku dah melalut. Ok, back to our core, ye la kalau ko jadik ayam ada manusia-manusia atas bumi ni kisah pasal engko. Dikisah kalau time nak makan je la kot. Jadik , kalau aku jadik ayam senangla nak mengata kat orang. Lagipun , tak payah susahkan fikiran nak jaga hati manusia lain sebab engko ayam. Mulut pon tak kena jaga sebab mulut ayam.Tapi aku heran juga kenapa ayam yang menjadi mangsa peribahasa melayu. Eh, bukan ayam tapi murai. Mulut murai yang bermaksud seseorang yang banyak bercakap.


 “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya, api nerakalah yang layak untuk dirinya.” 
(Hadis riwayat Baihaqi). 

Aku pernah terbaca suatu kisah. Seseorang pernah ditanya, " Mengapa engkau selalu diam?"Dia menjawab, "Aku tidak akan menyesal  kerana diam , tetepi aku sering menyesal kerana banyak bercakap."

sentap

 “Tidaklah dihumban muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelik) lidahnya.”
 (Hadis riwayat At-Tarmizi)


Lagi sentap.

Jadi kena jadi bisu ka? Tidak juga. Justeru  aku dan kamu harus mengambil inisiatif sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran. Bercakap  dan tidak boleh sama sekali bersikap berdiam diri apabila menegakkan kebenaran. Kalau diingat balik , ada pepatah Melayu yang cukup sinonim dengan situasi aku dan kamu.

"Terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata badan binasa"

Berapa ramai dalam kalangan aku dan kamu yang memikio apabila berkata-kata. Ini bukanlah statement menyalahkan sesiapa. Tetapi ini adalah sebagai peringatan kepada aku dan kamu semua kerana sifat manusia itu mudah lupa, maka saling memperingati adalah cara yang terbaik. Peliharalah lidah daripada kata-kata kosong, perkataan keji, makan daging (baca mengumpat) , fitnah , adu domba dan seangkatan dengan nya. Bukan aku dan kamu tak dibenarkan langsung berkata-kata, tetapi banyak cakap yang keluar, tentu ada yang tersinggung. Natijahnya, banyak dosa yang terkumpul sebagai saham aku dan kamu..

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam.”
 (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Imam al-Syafi'i berkata bahawa Rasulullah menyarankan kita agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata. Jika apa-apa yang kita sampaikan ada baiknya, maka teruskanlah. Tetapi jika bimbang akan menimbulkan keburukan ada baiknya kita diam sahaja.Nah, kalau kita hendak bercakap pun ada syaratnya. Al-Imam Al-Mawardi yang merupakan ulamak tafsir terbilang  menjelaskan dalam tafsirnya berkaitan tuntutan  menjaga percakapan. Ia hendaklah memenuhi syarat-syarat yang berikut :-

1) Isi kandungan pecakapan itu haruslah untuk sesuatu keperluan

2)Ia disampaikan sesuai dengan tempat dan masanya

3) Ia difokuskan pada perkara yang berkaitan dengan apa yang dibicarakan

4) Ia disamapaikan sesuai dengan keperluan 

5) Memilih kata-kata yang tepat ringkas dan padat agar sampai maksudnya.

Dengan itu, aku dan kamu hendaklah berkata-kata seperti manusia. Lainlah kalau ko ayam ataupun lebih mengganas ko murai.AhakZZ. Dan perbualan aku dengan ayam itu berakhir dengan jayanya. Ada ibrah yang dapat dipetik bersama-sama ayam. Apapun yang aku dan kamu jadik , semua itu telah ditetapkan Allah kepada aku dan kamu. Usaha tambah doa dan tawakkal setelah perkara yang dilakukan selesai. Ada hikmah aku dan kamu dicipta sebagai manusia.

Kesimpulannya, aku dan kamu haruslah menjaga lidah yang diberi Allah sebagai amanah. Berhati-hatilah ketika berbicara.

Lidah itu tidak bertulang namun cukup kuat untuk meremukkan hati. 
Berhati hatilah dengan setiap percakapan kita.


credit: http://dirihamba.blogspot.com
        :gen-Q isu 03
Jazakillah=)

Sunday, February 17, 2013

Umamah : Isteri Yang Disayangi

Assalamualaikum

Hari ini aku ingin berkisah tentang seorang isteri daripada Khalifah Ali Radiallahuanh. Beliau merupakan isteri yang dinikahi berikutan amanat setelah kematian Saiyidina Fatimah. Secara jujurnya cerita ini aku memang meng'copy' kerana aku ragu andai ulasan yang aku berikan sudah pasti tidak selengkapnya.Namun, apa yang paling penting kita enjoy!Ehem. Sila ambil ibrah dan pengajaran daripada cerita ini ,ok. Sama-sama kita menambah ilmu didada.Wallahualam.

-------------------------------------------------------------------------------




ALANGKAH bertuahnya jika seseorang itu berpeluang mendapat kasih sayang yang sejati daripada junjungan besar Rasulullah SAW. Kasih yang tidak ada bandingannya di dunia ini. Insan yang bertuah itu cucunda kesayangan Baginda iaitu Umamah binti Abul Ash bin Ar-Rabi’. Dia adalah anak kepada Zainab, puteri sulung kesayangan Rasulullah SAW.

Sebagai cucu yang amat disayangi dan dimanja, kepadanya tertumpah segala perhatian. Umamah ditatang bagai minyak yang penuh.
Sebagai bapa dan mentua yang sentiasa mengambil berat tentang hal-hal kekeluargaan. Nabi Muhammad SAW juga menyayangi dan menghormati menantunya Abul Ash, iaitu suami  kepada Zainab dan bapa kepada Umamah.

Abul Ash, seorang suami yang baik dan amat menyayangi isteri dan anak-anak. Pasangan bahagia ini dikurniakan sepasang cahaya mata sentiasa menghangatkan rasa kasih sayang yang abadi.

Bagaimanapun sebelum puas kasih tercurah, Zainab telah kembali ke rahmatullah ketika dalam pelayaran yang terakhir. Setelah  pemergian isteri kesayangan, Abil Ash kembali ke rumahnya dengan penuh kenangan dan kerinduan. Dia sentiasa mengingati dan dibayangi wajah Zainab. Perasaan itu terus menyelimuti hidupnya sehingga akhir hayat.

Kehadiran kedua-dua anak kesayangannya hasil perkongsian hidup bersama Zainab iaitu Ali dan umamah sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan terhadap isteri tercinta yang telah pergi jauh dan tidak mungkin kembali lagi. Sebab itu dia banyak menghabiskan masa bersama mereka.

Perasaan ini bukan sahaja dirasakan oleh Abul Ash seorang, tetapi juga Rasulullah SAW. Sebagai bapa yang sentiasa mendampingi anak-anak. Baginda sedih dengan pemergian Zainab, tetapi semuanya itu diterima dengan reda.

Jika selama ini segala kasih sayang dicurahkan kepada puterinya, Zainab, kini tertumpah kepada Umamah. Baginda amat gembira apabila melayan kerenah cucunya. Hubungan kemesraan baginda dengan Umamah digambarkan  di dalam hadis Bukhari dan Muslim yang meriwayatkan bahawa Baginda kerap mengangkatnya ke atas bahunya ketika Baginda bersolat, dan apabila Baginda ingin sujud, diletakkannya, sehingga selesai dari sujud itu, kemudian diangkatnya Umamah semula.

Terdapat satu riwayat daripada Aisyah R.A. bahawasnya kerajaan Habshah telah menghadiahi Rasulullah SAW loket dari manik, maka Baginda berkata: “Aku akan berikannya kepada salah seorang yang amat kusayangi daripada keluargaku. “Isteri-isteri Baginda yang lain berkata: Tentulah ia akan diberikan kepada puteri Abu Quhafah iaitu Siti Aisyah. Akan tetapi Rasulullah SAW kemudian memanggil Umamah lalu dikalungkan loket itu ke leher cucu kesayangannya itu.

Setelah kematian ibu dan saudara lelakinya, Ali, sekali lagi Umamah diuji dengan ujian yang cukup berat. Dalam usia yang masih muda, dia telah kehilangan insan-insan yang disayanginya dan menjadi tempat berlindung selama ini. Namun sebagai wanita yang beriman, Umamah tabah menghadapi semua itu. Dia pasrah dan bertawakal dengan  takdir.

Ketika ayahnya masih ada. Abul Ash bukan sahaja berperanan sebagai ayah tetapi juga sebagai ibu yang menjadi tempat puteri tunggalnya bermanja.

Apabila Abul Ash meninggal dunia pada tahun ke 12 Hijrah, dia mewasiatkan Umamah yang kini tinggal sebatang kara kepada sepupunya Al-Awwam bin Khuwailid.

Dalam pada itu Fatimah Az-Zahraa’ iaitu isteri Ali bin Abu Talib amat menyayangi Zainab. Ini kerana sejak kecil dia dipelihara  oleh kakaknya dan dilayan seperti anak sendiri. Umamah pula semakin membesar, saling tak tumpah wajah dan perlakuan ibunya. Raut wajah dan tingkah laku anak saudaranya itu sering mengingatkan Fatimah kepada kakak yang amat dihormati dan banyak membantunya selama ini.

Ketika hampir menemui ajal, dia telah berpesan kepada suaminya Ali, supaya mengahwini Umamah, iaitu anak saudaranya sendiri kena pada pendapat Fatimah, Umamah akan menjadi seorang ibu yang pengasih kepada anak-anak dan dapat menjaga kedua-dua orang putera mereka iaitu Al-Hasan dan Al-Husain. Kata-kata tersebut seolah-olah Fatimah Az-Zahraa’ mengetahui bahawa dia tidak akan hidup lama.

Setelah kematian isteri, Ali dan Abu Talib meminang Umamah untuk dijadikan isteri daripada Al-Awwam bin Khuwailid.  Selain itu Ali juga adalah sepupu dan saudara sesama Islam kepada Rasilullah SAW.

Apabila mengahwini anak saudara arwah isterinya, ternyata Ali amat menyayanginya. Kata-kata Fatimah sebelum dia meninggal dunia ternyata benar dan Umamah dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu dengan baik. Dia juga amat menyayangi kedua-dua orang anak tiri yang juga sepupunya dengan penuh sifat keibuan.

Umamah juga menjaga Al-Hasan dengan Al-Husain sama seperti ibunya menjaga Fatimah ketika kecil. Kedudukan umamah ketika menjadi isteri Ali sama seperti kedudukan Aisyah semasa hayat Rasulullah saw. Sebagaimana Nabi Muhammad ikhlas kepada Khadijah yang semasa hayatnya adalah satu-satunya isteri Rasulullah sehingga dia meninggal dunia. Demikian juga keikhlasan Ali kepada Siti Fatimah Az-Zahraa’. Dia tidak berkahwin lain semasa hayat Siti Fatimah sehingga iateri kesayangannya itu meninggal dunia.

Setelah pemergian permata hatinya barulah timbul cinta kepada Umamah dan sebagai suami Ali berusaha memberikan sepenuh perhatian serta kasih sayang kepadanya sebagaimana yang pernah diberikan kepada Siti Fatimah. Namun ingatan dan kenangan lama tetap menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Ali pernah berkata bahawa ada empat perkara yang dia tidak sanggup berpisah dengannya. Dia telah menghitung satu demi satu, antaranya ialah kerana Fatimah berpesan kepadanya supaya dia mengahwini anak saudaranya itu.

Terdapat banyak riwayat yang menceritakan tentang Ali dan Umamah. Ada yang berkata bahawa perkahwinan mereka tidak dikurniakan zuriat dan ada sesetengah pendapat  mengatakan bahawa pasangan ini mempunyai cahaya mata.

Al-Kulaini telah meriwayatkan kepada Abu Jaafar, bahawa di antara anak-anak Ali bin Abu Talib ialah Muhammad bin Ali Al-Ausath, dan ibunya ialah Umamah binti Abul Ash.

Lantaran kerana terlalu sayangkan Umamah, Ali telah menyuruh Mughirah bin Naufal bin Al-Haris,
untuk mengahwini isterinya apabila dia meninggal dunia. Ini kerana Ali terlalu bimbang Mu’awiyah akan mengahwini Umamah secara paksa.

Ali juga berpesan kepada Umamah, katanya,“Aku bimbang kau akan dipinang oleh si Dajal itu (  Mu’awiyah) sesudah aku mati. Jika kau ada hajat kepada lelaki sesudah aku, aku reda Al-Mughirah bin Naufal menjadi teman hidupmu.”

Yang anehnya apa yang diduga oleh Saidina Ali r.a. benar-benar berlaku. Dia telah meninggal dunia kerana dibunuh. Sebaik sahaja tamat edahnya Mu’awiyah telah menulis surat kepada Marwan bin Al-Hakam dan menyuruhnya untuk meminang Umamah untuk dirinya dan dia akan memberikan 100 ribu dinar.

Apabila Marwan bin Hakam datang untuk meminangnya bagi pihak Mu’awiyah, Umamah segera mengutus orang kepada Mughirah bin Naufal memberitahunya bahawa, “Fulan itu telah mengutus orang untuk meminangku, jikalau ada hajat kepadaku, maka hendaklah kau datang segera!”

Al-Mughirah pun datang serta merta untuk meminang Umamah daripada Hasan bin Ali dan kemudian mengahwini wanita budiman itu. Bagaimanapun hasil perkahwinan itu mereka tidak mempunyai zuriat.

Ada suatu riwayat mengenai Umamah, bahawa ketika Ali dibunuh, dia telah memegang kepada Ali yang terkena pedang sambil menangis dan merintih seperti belum ada seorang perempuan yang menangis seperti itu sebelum ini.

Ummi Al-Haitsam Al-Nakha’iyah telah merangkaikan beberapa bait peristiwa:
Menggeletar seluruh tubuhku dan lemah semangatku.
Melihat Umamah yang terpisah dari rakan hidupnya
Laksana orang gila dia tunjukkan kesayangannya
Pabila putus asa dia pun melaungkan suaranya.

Tangisan itu menunjukkan betapa dalamnya cinta terhadap suami yang amat dikasihinya. Tangisan yang datang dari hati yang tulus ikhlas daripada seorang isteri yang kehilangan insan yang amat dicintai dan juga tempat bergantung segala harapan setelah kehilangan ibu, ayah dan abangnya. Kini Umamah sekali lagi ditinggalkan sebatang kara setelah pemergian Ali ke rahmatullah.

Dia juga tetap setia kepada Ali walaupun suaminya telah meninggal dunia dan sentiasa megingati pesanan arwah supaya jangan mengahwini Mu’awiyah, setelah Ali meninggal dunia. Umamah rela menolak pinagan Mu’awiyah, meskipunditawarkan dengan mas kahwin yang tinggi. Untuk mengelakkan dari dipaksa berkahwin dengan Mu’awiyah, dia segara berkahwin dengan Al-Mughirah bin Naufal bin Al-Haris bin Abdul Muttalib, iaitu orang yang menjadi harapan arwah suaminya untuk menjaganya.

Jika tidak kerana pinangan daripada Mu’awiyah yang dianggap musuh kepada suaminya mungkin Umamah akan terus hidup menjanda sebagai buktimkesetiaannya kepada insan yang amat dicintai.  Pada akhir hayatnya, Umamah ditimpa sakit yang teruk sehingga dia tidak boleh berkata-kata. Semasa dia menderita sakit, wanita itu amat tabah menghadapi dugaan.

Bagaimanapun penderitaan itu turut dikongsi bersama kedua-dua anak tirinya yang juga sepupunya. Mereka juga amat menyayangi Umamah seperti ibu sendiri dan mereka sentiasa mengunjunginya ketika sedang terlantar menderita kesakitan.

Ketika itu dia tidak mampu lagi berkata-kata lagi. Apabila Al-hasan dan Al-Husain bercakap dengannya, dia hanya mampu menjawab dengan menggunakan pergerakan kepala.
Umamah akhirnya meninggal dunia dengan dikelilingi oleh anak-anak tiri dan mereka yang menyayanginya.

Wallahua’lam

Petikan :100 Tokoh Wanita Terbilang dan Kisah 85 Kekasih Allah

jazakillah=)

Monday, February 11, 2013

Jalan-jalan Kulim

Assalamualaikum...

Baru-baru ni aku pergi berjalan ke Kulim. Nampak macam dekat tapi hakikatnya hanya aku dan Dia yang tahu. Buat kali pertamanya aku mencemar duli, naik bas dari serdang ke kulim. Bas mara yang sememangnya manusia di serdang nie tahu tapi aku x taw yang bas nie memang bertolak pukul 10.Itu tak kisah lagi.Yang lagi menyenangkan hatiku yang berduka lara gembira sangat nie setelah menunggu bas hampir sejam..baca btoi2 hampir sejam ok, lama tu, adalah ketibaan bas yang dipenuhi mamat bangla plus minachi. Seketika diri ini merasakan kayak dudukinnya di negara lain. Barangkali Indonesia bisa tahan , tapi ini kayak di bangladesh tuuu. Betullah apa yang dikatakan peribahasa nenek moyang ko dulu2

|"Semakin banyak ko berjalan, semakin luas ko punya pemandangan aka pengalaman"|

Pengalaman naik bas turun naik teksi  sampai ke satu-satunya mall yang terbesar kat Kulim,memang mengajar aku banyak erti sabar.People always has choices to do something but when you choose , you dont have choices any.Itulah , keputusan yang kita ambik akan menetukan masa depan kita.Macam aku ambik keputusan pgi kulim ni sekurang-kurangnya dapat membuka tengkorak mata aku nie agar berfikir susah payah manusia dahulu yang berjalan kesana kemari by leg ja. Itu merupakan masalah.Disebabkan masalah yang dihadapi inilah menyebabkan susah payah aku cuma tinggal senipis buah limau.Haha.Oleh itu, hidup kita sentiasa dipenuhi dan harus dihadapi biarpun masalah  sangat banyak.Masalah merupakan suatu paksaan kepada manusia untuk mencari jalan keluar. Jadi bersyukurlah andai kita saat ini mempunyai masalah kerana itu tandanya Allah masih sayang akan hambanya.Dan kita sebagai manusia hendaklah memandang ujian ditu sebagai atu pengiktirafan dan hadiah dari Allah buat manusia beriman.

|“Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan berkata: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji?”(Quran 29:2)|
Malahan pernah dalam suatu kisah Saiyidina  Umar al-khatab ditegur kerana beliau kelihatan cukup sedih. Apakah alasannya.Beliau berkata

|“hari ini aku belum lagi diuji oleh ALLAH s.w.t..aku takut andai ada aku melakukan kesilapan sehinnga aku tidak ditimpa ujian..”|


Dalam peristiwa yang lain , Umar Al-Khattab telah terjatuh dari kuda dan berdarah kepala. Beliau tersenyum seraya itu menadah tangan bersyukur.Para sahabat lain merasa hairan dan bertanya perihal itu,

| jawab Umar r.a”bagaimana aku tidak bersyukur dengan kasih sayang yang telah ALLAH tunjukkan kepada ku..? |

senyum.

Dan aku juga menghammerkan rekod masuk panggung wayang.Bukan.Bukan nak berbangga menang trofi.Tapi ada sesuatu yang perlu kita ketahui apabila masuk ke panggung wayang ni. Ciri-ciri keselamatan aka menjaga diri dari terjebak dengan perkara maksiat.Paling penting adalah pemilihan seat untuk duduk tuuu.Disebabkan kami datang semeriah 8 orang, jadi pengambilan seat paling tepi 4-4 memang dapat menghindarkan diri daripada gangguan emosi sosial.Walaubagaimanapun, seriusly aku cakap, panggung wayang ni yang best dia tang paparan dan sound la.Kalau rasa nak berjimat , download adalah terbaik dari melabur duit sambi gigit popcorn minum ayaq ges.huhu.OK.

Dan patik yang perak lagi jakun juga pertama kali bermain boling.Almaklumlah, penduduk kampung Field,selama ini patik cuma pandai main boling padang.Itupun pakai buah kelapa ganti bola, agak2 botoi x jumpa kasut jadi gantinya pin kot orang panggil.Ada aku kesah.Tapi ternyata sukan ini sangat menarek untuk diexplore.Tapi hajat aku untuk memanah dah menunggang kuda untuk mengikut sunnah baginda masih belum tercapai.

| “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dia cintai melebihi hartanya, keluarganya, dan seluruh manusia yang lainnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Iman, 1/24, no. 14) |

| “Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali Imran, 3: 31) |

nanges.

Memandangkan hari sudah beransur petang, malam bakal menjelma, mentari yang terang benderang mula meredupkan sinarnya, kami menunggu ketibaan teksi yang nyatanya terperangkap dalam kesesakan lalulintas.yela.Orang balik cuti raya cina. Macam mana aku boleh lupa. Sedangkan adik aku yang sorang tu balik hari tu.Sesampai di stesen bas, warna oreng yang cukup mnerang sangat dikenali.Betulla adik smkab balik hari yang sama kami berouting.Sempat bertegur sapa ,cipika dan cipiki.Namun, masalh x dijemput tiba.Bas berkenaan sudah tiada kerana menghantar pelajar sebuah skolah tahfiz ke Alor Star.Namun, Allah membantu hamba yang lemah ini dengan perkhidmatan teksi awam sedunia.wkwk.Nama pon teksi, sudah pasti khidmat yang harus dibayar seiring dengan khidmatnya.nanges lagi.Sudahlah, sebelum balik tadi makan nasi yang harga dah mencapai snack plate KFC.Baik aku makan KFC.Berbaik sangkalah dengan si mamak.

Tapi, percaya atau tidak, seharian masa aku hari itu bermain di jalan dapat membuka mata aku melihat dunia luar.LUAR dari dunia rumah dan asrama dengan ragam manusia yang pelbaigai.Aku tak tahu dan hangpa pon tak tahu apa yang cabaran yang bakal dihadapi masa depan. Percaya atau tidak, usia yang meningkat haruslah seiring dengan pemikiran kita.Walaupun pada hakikatnya, aku masih belom dapat mempercayainya dan still not mature in thinking of that.

I must believe.
Face it.
Your journey start.
Welcome to ADULTHOOD.
nanges.

Jazakillah=)