Tuesday, April 23, 2013

IVF ( In Vitro Fertilization)

Assalamualaikum...

How are you feeling today?                 

a-Alhamdulillah, Great, Im in excellent
 *mcm riak sikit kan tapi memang bagi semangat kot dengaq

b-Errr..Ermm, feeling well.

c-Sihat-sihat saja.

Pastikan positifkan jawapannya. Bukan apa , ini  salah satu cara untuk membangkitkan dan menarik aura-aura positif ya. Setiap jawapan yang kita berikan memberi lambang keadaan diri kita.Yeah, Dah macam pakar motivasi dah haku nieh =="

So, based on tajuk post , aku ingin menceritakan serba-sedikit mengenai kaedah IVF ataupun bayi tabung uji. Sebenarnya, apakah yang membuatkan aku terhingin nak menulis dan mengkaji balik pasal tajuk yang sangat berkait rapat dengan "subjek favorite" aku. Macam ni, ada seorang kawan aku tiba-tiba call tanya , dan aku terpaksa menggelintar fail-fail lama. Dan apakah yang menyebabkan dia bertanya? Sebenarnya, dia bekerja di sebuah taska dan ada sepasang kembar yang melalui proses tersebut dan SEKARANG mereka berusia 4 tahun serta mempunyai fizikal yang kecil. Maka , banyaklah persoalan yang timbul. Itulah, dulu malas sangat nak tekun subjek tersebut.Tiba-tiba aku teringat satu quote:

" Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat"

Pfuuu~

So, back to our topic, mari kita recall serba sedikit mengenai IVF



  • IVF ataupun in vitro fertilisation , dalam Bahasa Melayu lebih dikenali sebagai bayi tabung uji
  • Merupakan kaedah persenyawaan yang berlaku dalam controlled enviroment di dalam makmal di luar  badan manusia
  • Kaedah ini digunakan apabila Tiub Falopian disekat lalu sperma tidak dapat disenyawakan
  • Menggunaka alat yang dipanggil laparscope  untuk mengeluarkan ovum yang sudah matang
  • Ovum tersebut diletakkan dalam glassware bersama culture solution 
  • Kemudian, pekatan sperma ditambah di dalam glassware
  • Maka, akan berlakulah persenyawaan antara ovum dan sperma sehingga menjadi embryo
  • Selepas 2 ke 4 hari, apabila embryo tersebut telah mencapi peringkat kelapan, embryo akan ditempelkan ke didnding uterus
Menurut pembacaan aku, potensi untuk hamil apabila dimasukkan satu embryo ialah 20%, dua embryo 50% dan tiga embryo 60%. Memasukkan satu embryo lebih selamat tetapi apabila memasukkan dua embryo , risiko mendapat anak kembar meningkat.

Hujan bayi


Pasangan tidak digalakkan hamil untuk mengandungkan anak kembar kerana memberi risiko kepada bayi sama ada keguguran, kecacatan atau pra matang. Ibu pulak mengalami risiko tinggi untuk menghidap penyakit darah tinggi dan diabetes semasa hamil. Risiko semakin meningkat jikalau hamil kembar tiga kerana ibu mungkin terpaksa melahirkan secara kaedah caeser.

Haaa. Panjang lebar aku terang.Faham dak? Tak faham. Pi tanya cikgu. HAHA. Ok. Kalau mengikut cerita kawan aku tu, the twins dah berumur 4 years tapi fizikal nya sangat kecil. Kecik tara mana aku tak taw lah sebab  bukan aku pi tengok pon. Mungkin ini  risiko yang terpaksa dihadapi oleh twins tu dan parent depa juga. Actually, teringin juga nak tengok kanak-kanak hasil tabung uji. Susah payah dan pelbagai usaha dilakukan agar mereka terus hidup.Jadi, kita yang senang tiada kesakitan tiada kecacatan tiada kepayahan masih malas mahu bersyukur.Maka terungkailah persoalan bayi tabung uji. Walaupun tidak berapa banyak informasinya, harap dapat menambah ilmu didada.

Sigh.





nota limpa : Akhir-akhir ini daku teraddicted nak update . Haha . Hope aku terus rajin . Moga Allah redha.

Jazakillah=)

No comments:

Post a Comment