Tuesday, April 30, 2013

of melancholy story

Assalamualaikum...

Saat aku menulis ini, daku sedang menikmati secawan kopi espresso bersama donat dicecah coklat panas . Cukup menyamankan bagi tekak daku yang sungguh mengada-ngada . Hakikatnya, bertemankan irama Just Give Me A Reason by Pink dan Nate Ruaes sangatlah tidak secocok dengan cerita yang daku nak ceriter ni.

sejak bila aku minum kopi ni --"


Ha . Ha
Gelak yang sungguh tak ikhlas.

OK .
Hari Selasa di kampung tiga ratus kaki nie memang sangat meriah dengan pasar malam yang dibuka pada petang hari dan ditutup agak-agak lepas maghrib . Bukan pasar malam yang aku nak highlightkan, tapi ada satu peristiwa yang cukup memberi impak.

Waktu tu, aku dengan adik aku jalan-jalanlah pusing pasar malam tu . Lepaih dah penat pusing, kami dua pun pergi ke gerai kuih, nak beli kuih yang dipesan oleh bonda . Takdalah rasa ganjil ke , ganjal ka ginjal ka sebab aku memang dah biasa membeli -belah kat pasar malam nie . Tambahan pula, sejak aku menanam anggur, maka sudah menjadi kebiasaan untuk aku mengunjungi pasar malam itu.

Jadi aku memang dah hapai dah gerai-gerai yang menjual di situ . Tanpa membuang masa, memandangkan suara-suara katak yang begitu ceria kedengaran memanggil hujan, aku melangkah ke gerai kuih tu. Yeah, aku taw . Dah dua kali dah aku ulang benda yang sama . Lalu, waktu aku dok order kuih kat makcek, biji mata aku yang tak berapa bulat nie ternampak la pakcik kat sebelah gerai nie. Eh, sejak bila pulak pak cik ni meniaga kat sini. DAk . Tak marah pun kalau pakcik nie nak meniaga . Bukan aku nie pegawai MDBB ka Polis ka . Erk, ada kaitan ka . Takpalah, tak kesah pon kalau pak cik tu meniaga tapi keadaan pak cik memang betul bagi gua menitis air mata . Mata dia yang kuyu dan sayu melihat kearah gerai mak cik yang agak terkenal kat situ menjual dan mendapat hasil jualan yang agak lumayan. Kemudian , dia tengok pulak kearah gerai jualannya yang nampaknya macam teda perubahan . Meants, takda yang membeli . Tak tau lah sebab apa kan, tapi mungkin sebab pak cik nie first time niaga kat situ atau sebab meniaga buah-buahan. Ya lah, gerai itu macam ke dalam sikit dan agak tak sesuai nak meniaga buah kat situ . Dan lagi menambahkan kesadisan, pakcik tu bawak keluaq duit dia untuk dikira. Yang aku nampak cuma duit seringgit dan beberapa keping duit sepuluh ringgit . Tolonglah , pak cik dengan muka sayu tuuuu ... Uwaaaaa ... Rasa macam tragis sangat . Nak tolong pon aku bukan kaya sangatlah . Haaaaa ... 


Pfuuuu ...

But for now, I think one thing that i can help him  is by regarding a du'a for him. May Allah ease his way in earning a living .And, suddenly i think of this :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” 

(Surah Ar-Rad:11)



p/s:Moga Allah redha kita.

Jazakillah=)


2 comments: