Sunday, April 21, 2013

GWIYOMI

 Assalamualaikum...

Sekarang nie manusia sekalian alam sedang bising-bising cerita pasal gwiyomi (baca:giii yooo miii). Apakah? Jadi tanpa melengahkan waktu aku menggoogle sepenuh hati untuk mencari maksud tersirat apakah ?

Hasil- hasil kajian aku mengenai gwiyomi

  • merupakan meme internet yang berasal dari korea
  • ahli BTOB mencipta sejenis pergerakan tangan yang dipanggil gwiyomi atau dalam BM pemain comel 
Sebenarnya, tragedi Gwiyomi sudah mula bertapak di dunia sejak tahun 2012 tetapi mula mendapat perhatian warga Malaysia pada tahun ini. Maka muncullah pelbagai versi Gwiyomi yang berjutaan diupload di laman Youtube.
Dalam banyak-banyak tu, aku ada terjumpa opinion kat Fb yang kukira paling membina dan cukup menyentap hati-hati yang teringin nak bergiwiyomi.Hangpa bacalah.
Aku duduk di hadapan kamera.
Tekan rekod.

Syaiton mula merasuk pikiranku.
"Buatlah gwiyomi..gwiiii~~~yoooo~~~miiii"
"Buatlah muka sehabis kiut..."
"Kalau kau upload kat tenet ni sure femes kau ni!"

Jari mula bergerak-gerak wat gerakan kiut miut.
Cuit-cuit pipi sendiri.

"PANG!"
Tampor pipi sendiri.
Rakaman dihentikan.
Dalam hati protes,
"Gwiyomi (gi yomi) = Gwimatteey! (gi mati!)"

Hati suggest,
"Cuba kau rekod kau tengah baca al-Quran dengan melagukannya semerdu yang boleh."

Tekan REC.
Rekod diri sendiri baca Surah al-Fatihah.
Buat gaya macam best konon2nya macam Syeikh al-Mishary Rashid.
Siap.

Tekan PLAY.
Terbeliak dengar bacaan sendiri.
"TAK SEDAP LANGSUNG!!"
"MACAM HAPEE JEE!!"

Apa lagi.
Tekan DELETE laju-laju.
Tak sanggup nak upload ke Youtube.

Member mencelah dari dapur,
"Amboi, kalau Gwiyomi cepat je upload ke youtube. Kalau diri sendiri MENGAJI al-Quran nak upload ke youtube...memang TAK laaa~~ni semua kesengalan~~kehipokritan serta kejahilans~~"

Beliau menambah,

"Upload video Gwiyomi TAK MALU. Upload video MENGAJI al-Quran MALU. Nampak sangat di situ mahukan pujian dari kekiutan. Taknak kutukan dan kritikan dari ketidaksedapan."

Panas pulak telinga ini mendengarnya.
Berdesing.

oleh: Muhammad Rusydi
Dush.
Tepat kerr kena kat hati? Kalau sipi-sipi baguslah. Haha.

Jadi, marilah kita bersama-sama merenungkan betapa pantas dan selaju MRT, masyarakat kita mudah  terpengaruh dengan budaya  asing. Lajunya mengalahkan Usain Bolt.Err..Btoi ka aku eja.Tak salah nak meminati si gangnam dengan gwiyomi tapi pastikan segala ibadah yang dilakukan TIP-TOP. Memang tidak menjadi masalah yang oii.Lagi-lagi ibadah wajib tu,kalau dah cukup complete jangan ingat kita dah perfect, masih ada banyak benda lagi yang harus diperbaiki dears.Kesempurnaan solat, kekhusyukan solat n bla.bla.bla.Apa yang penting jangan nak berGWIYOMI sangat. 
Baik GI MENGAJI <--- credits to MR Bie. Versi Mr Bie memang tak pernah mengecewakan.


Nah, Gwiyomi punya step.
Eh,aku pun taw jugak.
Harus.
Mengambil tahu perkembangan semasa . =)
::AMAN::
Jazakillah =)

2 comments: