Monday, May 27, 2013

freaking out

Assalamualaikum..


Seriously, perasaan yang aku alami ini pada saat ini ialah feeling yang remarkable, freak and truly complicated unsubscribe kalau dijelaskan melalui tulisan.Wohaa !

exactly like this =="
Pfuuu...

Tolong ! Tolonglah terima kenyataan zaman persekolahan telah berlalu . Dan pada hari ini, 27 Mei 2013, officially pelajar-pelajar Matrik telah mendaftar . Before this, 13 May 2013, pelajar form 6 dah mendaftar. Sedikit demi sedikit, rakan-rakan aku sudah melanjutkan pelajaran dalam bidang masing-masing. Dalam erti kata lain, masing-masing telah terpisah.


mengenali kalian adalah pengalaman terindah


Maka, setelah hampir lima tahun (ada yang dua , ada yang tiga) diatas satu bumi dan tanah daerah baling, kita semua harus menelan hakikat bahawasanya tidak selama-lamanya kita akan bersama-sama. 

Pengalaman bersama susah dan senang di bumi SMKAB ialah merupakan kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan. Meskipun kita bukanlah batch yang terbaik, tetapi harapan aku, moga akan terpatri secebis kenangan buat kita di sana. Di SMKAB. Bumi tarbiah, bumi yang suci dengan nikmat keluhuran Islam meskipun kadangkala gersang namun itulah bumi yang telah mewarnai dan mencorakkan diriku setelah ibu dan bapaku. Tidak salah juga dikatakan , life kat sana yang telah membawa kita semua ke satu stage yang lebih tinggi.

Betul.

Tak sampai beberapa bulan aku meninggalkan alam persekolahan, rindu datang menjemput. Perghhh. Haha. Seriesly, rindu berlari bak  Usain bolt menuju ke DM selepas habis sekolah. Rindu, berpagi-pagian ke sekolah untuk kelas subuh. Bergelak tawa mengekek tengok kawan-kawan tidoq. Bersembang topik HOT dengan guru-guru. Bergosip kala malam sudah larut. Arghhh..


Dan dimasa akan datang, tiada lagi kuiz keretapi, buat kerja sekolah kat luaq kelas,lepak-lepak bilik math*aku pernah kott, menyemak kat bilik s/u peperiksaan, kenjah bilik pai, kopi pasta addmath, kimia, sejarah,biologi,fizik,paq, psi.Mungkin kopipasta nie ada kot kat u nanti. Erk. Ampunkanlah anak muridmu ini. Hehe. Seriesly, mengenali cikgu-cikgu di SMKAB merupakan satu anugerah yang tak ternilai. Cikgu-cikgu memang terbaik.Totally, memang bangga sangat sebab dapat guru-guru macam kalian. T___T. Moga rahmat Allah selalu bersama kalian...


Dihadapan kita akan dipenuhi dengan pelbagai mehnah . Kerana ini, dihadapan kita akan menempuh pelbagai simpang. Dan tiada suatu simpang pon yang mampu menjejaskan arah tuju kita yang lurus itu .
Dengan suasana dan biah yang berbeza, kita tidak lagi mampu berpegangan tangan untuk menolak anasir-anasir yang tidak terjangka. Dan inilah masa kita mengaplikasikan segala yang termampu. Berat tanggungjawab itu. Allahu...


Buat semua, dan aku pasti ada beberapa kerat saja yang baca apa yang aku tulis ini, almaklumlah semua dah masuk belajaq kannn,  kat mana pon hangpa semua berada ada yang nak fly, yang masuk Pra-U, JPA-MARA, MARA, Matrik, GMI, JMI, UIA ,UMS, UNIMAS, UNISZA ,Politeknik, kolej-kolej swasta, tak kisahlah kat mana pon yang aku tak sebut tu jangan lupakan aku. At least nanti kalau jumpa, agak-agak tak ingat , jangan la tunjuk sangat norhh. Cover la sikit. Doa-doakan aku , syat, acap ngan pizack kat uitm nie.Doakan agar kita semua berjaya.Kalau hangpa semua dah berjaya jangan lupakan aku. Masa akan datang semua daripada kita pasti akan menjadi orang yang hebat. AMIN. Walaupun tak hebat dimata manusia, tetapi hebat di mata Allah. Itu yang paling utama. Dan aku akan tumpang gembira atas kejayaan hangpa semua. Yang pastinya, setiap manusia akan beroleh kejayaan masing-masing asalkan ada   DUIT <-- nak tau duit tu apa rajin-rajin la klik.

"Ukhuwah itu bagai seutas tasbih. 
Ada awal tiada penghujung. Dicipta untuk mengingati-Nya, 
dibahagikan untuk cinta-Nya dan 
diratib untuk redha-Nya.."
  

semanis dan secomel ukhwah =D

ukhuwah itu ibarat satu janji dalam hati.
tidak dapat ditulis, tidak dapat dibaca, tidak seorangpun tahu.
namun tak berubah oleh masa.
sekejap di mata, selamanya di jiwa
”  


Banyak sangat dah aku meraban.Doakan aku norh. Doakan jugak aku berjaya menharungi tangga kejayaan aka tangga  MAUT tu. kbaii.

p/s : tiba-tiba rasa macam tak mau belajaq pulakkk... Tak mau pi  U...Homesick kot aku nie.... Semangat please come back to ME !


Moga Allah Redha =)

4 comments:

  1. fahiraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!! :'(

    ReplyDelete
  2. terima kasih fahira.first sebab mention nama aku..huihuihui,.anda blogger terbaik.suka la blog hang.ayat semua gramatis...tahniah kita sekelas dari 1Ab hingga 5 Alkindy hingga ke uitm Palam.Jumpa nanti di Palam.Best of luck faera !

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa saja kalau nak dibandingkan dengan hang asyraf z.berninformasi , tepat dan padat ! ya, see u there and all the best to you =D

      Delete