Friday, May 10, 2013

Kehidupan Matematik

Assalamualaikum...
pfuuu~~
Salam Jumaat semua . Dont forget Al-Kahfi ya, readers .

Apa motif aku hari ini . Nak cerita pasal subjek matematik ataupun addmath . Owhooo . Dah berbulan aku tinggal . Agak-agak tebai mana dah karat kat otak aku ni . Shuh . Actually, beberapa hari lepas aku ada terbaca buku yang dapat waktu HAC . Ya, buku yang padat tumpat dengan ilmu dan maklumat dan sampai sekarang aku tak habis baca lagi . Disebabkan ketepuan maklumat yang disampaikan, I need to take time to read norhhh . Cehh . Kalau novel sehari dah habis .

Pfuuu..

Haa . So back to our topic . Manusia sebenarnya tidak boleh lari dari kehidupan yang matematikal . Macam mana tu? Menurut fahaman aku sebelum aku habis baca bab tu, macam kehidupan kita ni memanglah dipenuhi dengan nombor-nombor matematik . Menjadi kewajipan bagi kanak-kanak, masuk
tadika-pasti-tabika belajar mengenai abjad dan nombor . Bila umur meningkat 7 tahun, mula belajar tambah tolak darab bahagi . Masuk sekolah menengah, lagilah macam-macam belajaq, unknown, linear programming dan macam-macam lagi. Yes . Betoi sangat, dalam fikiran aku masa secondary school, apa pekdah aku belajar semua ni . Pemikiran macam sempit sikit . Maka , jawapan yang aku beri kepada diri aku, matematik ni mesti ada kaitan dengan pelajaran kat u nanti . sambil kata dalam hati, Dear brain, please be nice to me ! Agaknya, sebab inilah aku tak boleh skor A+ kot . Haha



And now, the perspective abour mathematics should be change . Especially kepada sesiapa yang tak suka matematik . Cuba kita lihat dari sudut ini:


hasaba  .  hisab   .  muhasabah

To arabic student, for sure hangpa tau kan pasai terbentuknya perkataan muhasabah dan aku pon tak nak hurai banyak-banyak . Cuma, aku rasa macam nak ketuk kepala sendiri sebab sebelum ni , fahaman aku mengenai muhasabah ini membawa maksud reflects ourself back right . Without Im realised, muhasabah comes from words hisab iaitu menghitung . Makanya, unsur kira-mengira, menghitung dan   melaksanakan amanah ini amat dekat dengan manusia . Seriesly !


"     Nombor dapat memahamkan kita tentang makna ketepatan,
Angka pula memahamkan kita tentang keseimbangan  dan
Ilmu Hisab dapat menginsafkan kita tentang amanah yang dipertanggungjawabkan   "


Perbezaan antara konsep matematik moden dengan ilmu hisab ialah mengambil perspektif nilai . Angka dan nombor bukanlah something yang kosong, but when we use in certain purpose , it lead into value that bersifat luaran dan dalaman . Kalau kita tengok pada angka dan kaitan dengan math, cuma ada pada persamaan, pertambahan , pengurangan atau perbezaan dalam sesuatu unit . Tapi kalau dalam konsep ilmu hisab ia tidak hanya dinilai pada hubungannya dengan sesuatu unit, tetapi ada berkaitan dengan makna ketepatan, kesempurnaan dan tanggungjawab . Pening lagikan?

Contohnya macam ni, zaman sekarang kita cuma mempelajari dan manipulated angka hanya sebagai latihan untuk memahirkan diri dalam angka sebagai persediaan untuk jenis pekerjaan dan bidang kajian yang berkaitan . Misalnya, nak jadi enggineer , akauntan ,guru dan arkitek, harus mahir dalam ilmu maths nie .

TAPI 

Kita terlupa yang matematik ini memahamkan kita tentang makna ketepatan , keseimbangan dan ilmu hisab pulak dapat menginsafkan tentang amanah yang dipertanggungjawabkan . Contoh paling tepat ialah kekuasaan Allah menjadikan dan mengawal alam ini . Bintang-bintang yang beredar di atas sistem yang tepat dan teratur . Cakerawala beroperasi dengan seimbang dan sistem kita iaitu sistem bima sakti yang wujud adalah gambaran paling precise tentang ketepatan , keseimbangan .

Dan kalau kita perasan, apa yang dilakukan dalam kehidupan sentiasa berkaitan dengan nombor seperti Kalau didapur, kita akan tertanya-tanya berapa kepoi nasi nak masak, berapa banyak air nak isi,berapa banyak santan nak guna, berapa banyak garam gula dan lain-lain lagi.

Kalau nak buat rumah, berapa besaq rumah, baerapa banyak batu, simen, tiang, dinding , pasir dan segala bagai yang diperlukan untuk membina rumah yang tepat dan sempurna . Kalau dak, kucar-kacir lah rumah kita .

Nah, lagi-lagi kalau dihubungkan dengan ibadah . Misalnya,  perkiraan tentang waktu solatiaitu jumlah rakaat yang perlu disempurnakan, pahala yang bertambah atau berkurang, kiraan zakat yang dikeluarkan dan belanja haji yang perlu dikeluarkan .

Gotcha !

Makanya, mulai sekarang , mari kita melihat matematik dari sudut dan perspektif yang lebih terbuka . Dan amat penting jugak bagi kita untuk menyedari bahawa matematik dan ilmu hisabmempunyai kaitan dengan kejadian Allah . Tanpanya , manusia akan berasa kekurangan untuk memahami setiap nikmat dan rahmat yang dikurniakan Allah .

p/s : Ikhlaskan diri dalam menuntut ilmu dan sentiasa mengaitkan apa yang dipelajari dengan kekuasaan
       Allah  . Hikmah yang ditemukan  cukup besar . Takbir !

Jazakillah=)

4 comments: