Thursday, May 16, 2013

selamat hari guru

Assalamualaikum...

origami aku buat --"

Hari ini 16 Mei 2013 merupakan hari guru . Maka aku dengan serendah hatinya ingin mengucapkan selamat hari guru kepaa semua guru di Malaysia dan seantero dunia . 

Sesungguhnya, taklifat dan amanah yang dipegang oleh guru cukup berat . Kalau tidak, masakan ada pepatah atau kata-kata yang berbunyi :

"Seorang doktor yang gagal merawat mungkin hanya seorang pesakit, tetapi 
kalau seorang guru yang gagal mendidik akan mengakibatkan beratus-ratus
 bahkan beribu-ribu"

Mungkin agak metafora ayat aku disitu .  Walawehh . Lebih kurang macam itulah ayat dia . Aku modified sana-sini .  Faham idok? Nah, secara tuntasnya, kalau hangpa-hangpa yang ada kat sekolah rendah ka menengah atau mungkin tengah tunggu SPM dan bercita-cita nak jadi guru,  maka aku nasihatkan,  teruskan dengan cita-cita dan niat yang murni itu . Ya . Harus kerana hangpa sudah ada niat dan minat . Itu paling penting . Kalau semata-mata nak jadi guru sebab orang kata jadi cikgu senang, baik tak payah . Kerana guru ini besar peranannya sebagai pencorak generasi akan datang . Memang tabik spring kepada guru-guru . Especially yang masih mengajar dalam zaman millenium dimana generasi kini yang agak sukar dibentuk . Namun , menggunakan acuan niat yang ikhlas guru sendiri ,pasti Allah akan membantu . InsyaAllah . 
Dan jadilah seorang murabbi . Tidak semata-mata muallim . 

noted 
muallim : memberi ilmu
murabbi : memberi dan mendidik

Jadi, beribu-riban ucapan aku lihat di FB .  Dan ada beberapa yang terkesan di hati . Yang ini dikira golongan sasterawan yang bijak buat ayat kan . Tapi bagi aku, ayat yang simple exact , direct  macam Selamat hari guru sudah cukup bermakna . Cewwah . Ye larh . Aku ngaku aku memang tak pandai buat  ayat jiwang-jiwang nih . Dah-dah stop, melalut . Tengok video ini.






Lepas tengok video ni, teringat waktu sambutan hari guru yang memang gempak tiap-tiap tahun kat sekolah . Macam-macam aktiviti ada . Dan paling aku tunggu-tunggu sudah tentu salam perantauan . Time nilah ex-student, mostly video yang aku tengok dalam tempoh lima tahun, yang berada diluar negara akan buat ucapan hari guru . Memang best . Dan-dan rasa semangat ruhul nak belajar berkobar-kobar gaya orang nak pi perang nun . Sehari je larr . Besok tu tidoq dalam kelas lagi .  Ampun cikgu . Hehe . Dan ada satu lagi perasaan .  Perasaan nak pergi oversea jugak . Berangan dan berimpian dulu . Kalau ada rezki , kita pergi . 
Not as student as traveller . Kannn . 
Lalalala~



Nota jantung : esok result UPU keluaq . Doakan yang terbaik untuk aku dan kawan-kawan .

Moga Allah Redha kita=)

1 comment:

  1. Best of luck fahira.Btw, yang video speacial dari jordan tu dari youtube.Maka, boleh upload video from youtube senang..kita jumpa di uitm puncak alam ;)

    ReplyDelete