Thursday, May 9, 2013

Soal Hati Aku

Assalamualaikum ...
 

gedabak kau hati aku --"
Hati ialah organ yang terdapat di dalam badan manusia . Pada usia yang belum agak matang ni, remaja-remiji lebih banyak melihat kepentingan hati ialah untuk berpasangan . Walaupun ibadah kadang-kadang dilaksanakan dengan sempurna, tetapi kita kadang-kadang alpa dan leka mengingati kepada yang
Maha Esa . Fungsi hati tidak dicambahkan kepada pelbagai sudut . Bahkan difokuskan kepada keinginan nafsu semata . Tidak selari dengan akal yang diberi .  But, dah nama pun manusia, memang tak terlepas dari kesilapan . Bagi aku , penting untuk kita semua letakkan prioriti kecintaan dalam hati .

Sedar atau tak, aku pernah juga berhadapan dengan karenah manusia . Alkisahnya macam inilah lebih kurang :

Si H : Aku tak bolehlah, aku dok teringat kat dia .Dahlah kita nak exam ni .Aku tak boleh fokus
Aku : Biasalah kalau suka tu, fitrah kita tak boleh nak halang tapi cuba hang fikir apa yang hang akan
         dapat   kalau hang dok ingat kat dia pun.*dalam hati aku dok kata: macam mana aku nak 
           bagi nasihat  ni, teda pengalaman
Si H : Aku dah cuba bermacam cara nak lupakan dia tapi tak berkesan.
Aku : Friend ,look here. Aku ni sangat takda pengalaman dalam bab-bab ni . But nasihat aku, jangan
          ikut perasaan sangat . Hati ini hakmilik kita, maka yang kan mengawalnya hanya kita . Ni nasihat
          aku yang takdak pengalaman . Dan yang paling penting, kalau dah suka sangat berdoalah
          pada Allah.=))

Seriesly, aku kalau nak jadi Doktor cinta memang tak layak . Dan kalau diberi ulasan pasal cinta memang tak tidoq seminggu . Heh. One day, as usual waktu aku dok blogwalking, I found one article that explain clearly . Even it was in cerpen type . Tapi penjelasan yang diberikan boleh menjadi panduan untuk guys and gurls outside .

Pfuuu...



Jari jemarinya laju menekan pad Notebook Asus yang baru dibelinya sebulan lepas. Sesekali dia menghirup jus nanas pekat di sebelahnya. Muzik nyanyian Jem, Falling For You berkumandang memenuhi ruang headphonenya. Ideanya terasa tidak lancar seperti selalu. Lagu ini tidak mampu membuahkan sebarang inspirasi seperti yang diinginkan. Sambil mencongak dateline untuk manuskrip yang sudah hampir tiba, dia mengeluh sendirian.

"Assalamualaikum."

Dia masih fokus pada skrin Notebook yang berwarna merah hati itu. Salam itu dibiarkan tidak bersambut. Rupa-rupanya, dia tidak perasan kerana telinga tertutup dengan headphone. Bahunya dicuit lembut. Kepalanya berpusing pantas, terkejut.

"Eh! Sorry sorry. Aku tak perasan. Bila kau sampai?" Zahirah tersengih sambil menarik headphone yang melekap di kepalanya.

"Assalamualaikum Zahirah." ucap kawannya sekali lagi sambil tersenyum manis.

"Waalaikummussalam. Duduklah." pelawa Zahirah dengan wajah yang ceria.

"Lama tunggu?"

"Tak de lah. Asalkan Notebook aku ni ada, bertempek dengan novel aku yang tak sudah-sudah ni, masa  macam cepat je berlalu." Zahirah ketawa kecil.

Adnin mengangguk sahaja. Dia merenung wajah Zahirah, teman sekuliahnya dahulu. Sebenarnya, dia ada hajat datang berjumpa Zahirah. Entah kenapa, dia terasa ingin berbincang dengan gadis itu. Rasa senang nak berkomunikasi dan berkongsi cerita. Kadang-kadang, dia suka mendengar pendapat Zahirah walaupun Zahirah bukanlah seorang ustazah atau alim ulamak ke apa. Dia terasa pemikiran Zahirah semakin hari semakin mendewasakan. Tak percaya juga dia bila teringat Zahirah zaman dulu-dulu.

"Novel ko banyak lagi ke nak siap?" soa Adnin, sekadar memulakan perbualan. Dia sedikit cangung. Segan nak terus ke topik utama.

"Emmm. Adalah banyak juga. Now tengah klimaks. Tapi, aku tak de idea nak terus menaip. Tiba-tiba jam otak. Idea tu suka sangat datang time traffic jem, time aku driving tengah layan lagu jiwang sikit ke. Haaa, time tu memang berlambak. Sampai je masa mengadap laptop, hilang." jelas Zahirah sambil menggaru pipinya.

"Ko catat tak idea ko tu? Masa idea tengah banyak?"

Zahirah memandang tepat muka Adnin. Eh! Betul jugak ek. Aku tak catat satu huruf pun!

"Heee. Aku tak catat la weh. Err, tak terfikir. Bernas juga idea ko tu Adnin." Tersengih panjang si Zahirah sebentar. Kata novelis, perasan! Benda basic setiap novelis buat ialah mencatat segala idea dan apa-apa paparan yang terlintas di kepala. Poin kecil. Lepas tu baru buat cerita.

"Terima kasih. Nanti aku nak gi beli nota comel sikit, special untuk aku catat apa patut." Kemudian, Zahirah memanggil seorang pelayan yang kebetulan lalu dekat meja mereka berdua. "Adnin, orderlah. Aku belanja ko hari ni."

"Eh, sepatutnya aku belanja ko sebab aku nak jumpa ko." Adnin segan.

"Relek la. Bukan senang aku nak belanja tau. Pilih je apa yang ada dalam menu. Ha, dik, tolong bagi akak kita ni buku menu ye."

Pelayan itu tersenyum dan segera berlalu untuk mengambil menu seperti yang dipinta. Tidak berapa lama kemudian, pelayan itu kembali. Buku menu kini bertukar tangan. Adnin membelek dan melihat menu yang ada. Otaknya tak dapat nak register apa yang dibaca. Dia bukannya lapar sangat, tapi Zahirah beria nak belanja, kasihan pula.

"Dik, saya nak orange juice dan ice cream with chocolate cake." ujar Adnin sambil menghulurkan buku menu. Pelayan itu mencatat dan mengulangi pesanan Adnin, kemudian dia beredar dari situ.

"Aik itu aje? Kenyang ke Adnin?"

"Tak pe. Tadi aku dah makan kat rumah." Adnin diam seketika. Zahirah juga senyap. Masing-masing menanti topik utama untuk diutarakan.

"Em, Adnin. Apa yang ko nak cerita dengan aku tu?" Terus Zahirah bertanya. Dia sebenarnya tertanya-tanya. Macam ada sesuatu yang serius je si Adnin ni. Cuak jap.

"Zahirah, aku dah lama fikir soal ni. Ni antara kita aje ye. Aku seganlah. Biar aku straight to the point. Pada pendapat ko, camne sebenarnya cara kita nak berkawan dengan lelaki dalam Islam? Kalau kita tak leh nak berborak, camne kita nak kenal perangai orang tu?"

Zahirah terdiam. Soalan yang menarik tetapi berat untuk dikupaskan.

"Em, aku bukanlah orang yang tepat ko nak tanya soalan camni. Tapi, apa yang aku faham, dari pembacaan aku semua, kalau benda tu tak penting dan tak de tujuan, kita tak dibolehkan untuk berbicara dengan lelaki. Kalau just berbual kosong pun, sebenarnya tak boleh. Dari segi berkawan tu pun, kalau keluar nak bersuka-suka, hang out sama-sama pun sebenarnya tak boleh. Sebab takut bila kita berborak, kalau over the phone, suara kita mungkin menarik hati dia. Kalau secara berdepan, takut kita bergurau di luar sedar dan itu pun dah menyentuh hati dia. Depends." jawab Zahirah. "If ada benda penting je, kita boleh nak contact laki tu, kalau nak cerita sihat ke hari ni, makan apa, tak payahlah."

"Itulah. Tapi, camne kita nak mengenali jodoh kita? Sebelum kahwin mestilah kita nak kenalkan." tambah Adnin.

GULP! Camne nak jawab ni. Kalau bercerita tentang hukum hakam Islam, takut juga dia salah bagi nasihat pada Adnin. Tak pelah. Aku just boleh kongsi apa yang aku faham dan yakin selama ini. Yang memang tak bercanggah apa-apa dan kalau fikir sendiri pun, benda tu logik.

"Aku bukanlah nak kata follow seratus peratus.Aku pun pening-pening juga. Tapi, memang aku mengawal diri dan elak terjebak benda-benda camni. Soal hati memang paling payah, paling senang dipengaruhi sebab hatilah yang sentiasa berbolak-balik. Hati susah nak tetap pada sesuatu benda. Susah nak istiqomah untuk orang macam kita ni. Memanglah senang cerita camni sebab aku tak de pakwe. Kalau bab nak kenal dia tu, mungkin kalau ko nak berjumpa dia juga, bawalah muhrim ko. Jangan jumpa berdua. SMS pun benda perlu, tapi siang hari je. Call pun siang hari je. Sebab kalau malam-malam, suasana dia lain macam dah. Ko boleh risik pasal dia dari member-member dia ke." ujar Zahirah sambil tersenyum. Pada ketika itu, dia teringatkan seseorang yang jauh tetapi dekat di hatinya.

"Sebenarnya, ada someone nak kenal dengan aku. So far kitorang SMS je, cuma tanya khabar buat apa semua. Tak de call lagi. Bila fikir jodoh ni, aku selalu terfikir kalau camtu, macam mana kita nak pilih jodoh yang sesuai dengan kita?"

Zahirah tersengih lagi. Apa yang Adnin fikir, dia juga pernah terfikir. Tapi, disebabkan dia tak terasa seru jodoh tu dekat, Zahirah kurangkan berfikir benda-benda tu. Baginya, kalau jodoh dah sampai, tak ke mana. Insya Allah lancar perjalanan.

"Adnin, aku yakin dengan Allah je pasal jodoh ni. Hati kau kena yakin, doa tu mestilah kan jangan putus. Sebab Allah sentiasa mengikut prasangka hamba kepadaNya. Kalau kita fikir baik, baiklah outcome dia nanti. Cuma cepat atau lambat. Adalah hikmah tu. Jodoh ni, aku pun terfikir kadang-kadang. Cuma yalah, apa aku boleh buat selain berdoa kan. Lagi pun kes aku ni lain sikit."

"Kau masih mengharapkan dia ke?" tanya Adnin.

"Ya." Zahirah tersengih-sengih, ceh segan konon. "Aku yakin dia untuk aku. Sebab aku tak pernah rasa camni kat sesiapa. Tak mudah juga Adnin. Selalu aku teringat, tapi aku tak dapat nak contact dia. Bukan tak de contact number, cuma tak de benda penting nak beritahu dia. Takkan nak SMS cakap rindu kat dia semata-mata? Mengacau hidup dia pula. Apa aku buat sekarang ni, doa je la. Tak perlu nak risau-risau jodoh kita kat mana. Kalau betul dia untuk kita, adalah tu Allah tengah rancang camne nak temukan dia dengan kita. Aku percaya dengan love story yang Allah tuliskan untuk aku."

"Aku kagum dengan ko." ujar Adnin sambil tersenyum.

"Amende nak kagumnya. Tak de apalah. Ko ni....Em. Cinta yang tulus dan ikhlas, datang bersama dengan keyakinan kita kepada Allah juga. Aku tak nak perkahwinan aku berdasarkan cinta kepada nafsu. Aku nak perkahwinan aku dipenuhi dengan rahmat Allah, aku nak malaikat jadi pengapit pernikahan aku, aku nak mas kahwin yang diredhai Allah dan aku nakkan hadiah pernikahan dari Allah iaitu sebuah keluarga yang bahagia dan dirahmati sehingga akhir hayat."

Adnin tidak membalas. Dia masih menanti ayat seterusnya dari Zahirah.

"Ko tahu Adnin? Perkahwinan memang impian setiap orang. Tapi, aku selalu fikir tanggungjawab selepas kahwin tu sebenarnya. Berat yang amat. Kita nak bawa title sebagai isteri pada dia. Banyak benda kita kena jaga. Perkahwinan bukanlah nak seronok jadi raja sehari semata-mata, tapi perkahwinan itu ialah persetujuan kita untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan Allah bersama-sama. Kita kena bermula dari sekarang, betulkan diri kita, perteguhkan iman kita, cara kita semua, sentiasa rajin untuk beribadah dengan giat. So, bila kita dah ready jadi isteri solehah, jodoh tu sekelip mata je. Mestilah kita nak jadi yang terbaik untuk dia kan, dan kita pun nakkan yang terbaik dari dia."

"Betul kata kau. Entahlah. Aku nak kata suka kat dia tu, belum ada lagi. Sekarang cuma kenal-kenal dulu. Memanglah kita kena jaga, tapi kadang-kadang aku macam kalah dengan perasaan aku sendiri." kata Adnin. Kek coklat bersama aiskrim vanila di depannya, disudu sedikit demi sedikit.

"Sapa yang tak pernah kalah dengan perasaan sendiri. Tapi, kita kena kuat dan pandai kawal rasa hati kita. Fikirlah, kita nak rahmat dan redha Allah kan, so kita buat apa Allah suruh. Aku selalu ingat, dulu dia pernah gitau aku, kalau kita jaga hak Allah, Allah jaga hak kita. Tak pun, Allah balas dengan lebih baik lagi. Benda yang susah dan pahit ni, biasanya ada kemanisan di hujungnya." Zahirah save word Novel yang ditaipnya tadi. Tak pasal je terlupa save, penat je menaip.

"Terima kasih weh. Aku keliru kekadang. Bila tengok kawan-kawan semua dah ramai yang kahwin, ada anak. Terasa macam nak jadi cam dorang juga."

"Akan sampai masa ko tu. Don't worry Adnin. Memanglah dorang dah kahwin, tu jodoh dorang. Tapi, jodoh kita yang belum datang ni, kita kena gunakan masa yang ada sebaiknya. Luangkan masa dengan family, dengan mak ayah, adik-beradik semua. Dah kahwin nanti, takut masa tu dah kurangkan. Banyak benda boleh kita buat," tambah Zahirah sambil tersenyum. "Boleh tahu sape nama lelaki tu?"

"Eh...er..." Adnin tergamam seketika. Terkejut dengan soalan mengejut dari Zahirah. Tersipu-sipu Adnin menjawab, "Fatah."

"Sedap nama tu." puji Zahirah, ikhlas. "Eh, camne dengan kek tu sedap? Boleh recommend aku beli lain kali?"

"Kek dia memang sedap. Coklat pekat sungguh. Nah cubalah." pelawa Adnin sambil menghulurkan kek coklat bersama aiskrim vanilla itu. Zahirah menolak perlahan.

"Aku harap ko okay lah dengan penjelasan aku tu. Titik tolaknya, ko kena yakin dengan Allah. Jangan terlalu risau dengan jodoh ni. Of course, mestilah kita semua nak kahwin, tapi let say kalau jodoh kita lambat, atau memang tak sampai di dunia ni, insya Allah ada la tu kat akhirat ke." Zahirah terangguk sendiri.

"Thanks Zahirah. Aku bukan apa, kadang-kadang perlu renew motivasi diri aku ni. Sekejap semangat, sekejap cam hanyut sikit. Oh, ko pergi ke wedding kawan kita kat Ipoh nanti?"

"Pergi, insya Allah. Aku harap tak de pape hari tu. Nak sangat konvoi sama-sama!"

"Eh, laparlah. Offer belanja ko tu, still ada lagi?" Adnin memegang perutnya sambil merenung muka Zahirah. Zahirah ketawa kecil.

"Haa, boleh. Minta la menu dengan abang waiter tu. Order apa yang patut. Amboi, tadi segan-segankan."

Adnin tersengih. Mereka berdua terus memesan untuk makanan tengah hari. Rupa-rupanya, waktu sungguh cepat berlalu. Dah nak masuk waktu Zohor. Zahirah dan Adnin menyambung perbualan, bertukar-tukar cerita tentang latest news kawan-kawan lain sambil menikmati makanan tengahari bersama


THE END
 

P/s : tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.

Jazakillah=)

2 comments:

  1. malaikat jadi pengapit pernikahan . intresting beb !!

    ReplyDelete