Friday, May 17, 2013

UPU oh UPU

Assalamualaikum ...




Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin 

"Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"
(surah Ali-Imran :54)
 

"Eh, kak , study mana sekarang?"

"Kak study UKM ."

"Wahh, UKM tu . Degree apa? "

"Alhamdulillah, degree pergigian "

" Dulu kat mana?"

"Dulu _ _ _ _ ja "

___________________________________________________________________

"Ada sorang senior kamu dulu, kat sekolah biasa-biasa saja . Masuk matrik, dia struggle habisan .
Sekarang tengah buat degree perubatan kat Ukm "

"Wah, Product matrik tu "

_____________________________________________________________________

" Dah jadi  ustazah dah anak mak cik  tu . Dulu amek stpm ja "

"Alhamdullillah makcik, rezki saya jadi ustazah "

______________________________________________________________________

So guys, hot topic for today is upu . Unit peti undi?  Erghh . Upu ini satu sistem kemasukan ke IPTA dan seangkatan dengannya . Maka hari ini 17 may 2013 , keputusan permohonan bagi upu telah keluar secara rasminya . Ya . Maka banyaklah, aduan, pujian mahupun tangisan akibat daripada keputusan upu ini . Sungguh dahsyat bukan .

Maka, aku bukanlah nak mengulas kedasyatan yang melampau atau sampai ada yang mengetuk-ngetuk kepala bak hammer akibat gagal mendapat tempat ke IPTA pilihan hati . Tidak . Apa yang paling penting dan patut dilakukan sekarang, bukanlah menyalahkan mana-mana pihak kalau kita tidak berjaya mendapat kos yang diminati . Ada beberapa faktor yang boleh menjadi penyebab .

1) Kos yang  dipilih terlalu demand .
2) Markah merit  tidak mencukupi . *sila google cara mengira markah merit
3) Keputusan yang telah anda buat sewaktu mengisi borang . Iaitu tidak menerima sebarang tawaran selain daripada pilihan .

Ini cumalah ramalan yang aku rasa . Tidak timbul isu "mentang-mentang kau dapat, boleh lah buat ramalan "
No . Every human had a hard feeling . Tipulah kalau dia tak sedih kalau tak dapat apa yang dihajati . But-but, Tak bermakna apabila perkara yang dihajati tidak dapat, kita boleh terus menunding jari pada orang lain . Dia ni salah . Dia tu salah . Seolah-olah, tiada jalan lain nak mencapai cita-cita . Guys, itu namanya putus asa .




“...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir.
(surah Yusuf :87)


Subhanallah . Cantik Allah susun .  


" Kekuatan bukan untuk ditunggu, ia untuk dicari"



 Yes . Dari mana sumber kekuatan yang boleh kita peroleh? Sudah tentu-tentunya daripada Kalam Allah dan assunnah . Bersoal jawablah sebanyak mana dan sekuat mana . Pasti Allah ada jawapannya . Tinggal kita saja yang nak mencarinya . Kenapa aku tak dapat apa  yang aku idamkan?



" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui . "
(surah Al-baqarah :216)



Kalau hangpa ada banyak lagi soalan nak tanya dan perlukan jawapan dari kalam Allah . Cuba rujuk sini. Satu lagi, belajar kat mana-mana pun ok saja sebenarnya . Memang akan ada sedikit perbezaan  dari segi suasana , kawan dan guru barangkali . Tapi, itu bukan penyebab untuk kita patah semangat . Mind setting tu penting . Right? Nak jadi ENGINEER ? ARKITEK ? PENTERJEMAH BAHASA ? GURU ? DOKTOR? ISTERI . Err . Haha . Walau apa pon yang kita nak jadi , Ingat . Fa iza a'zamta fatawak a'lallah . Maka, setelah kamu berazam maka bertawakkallah . Hey . Berazam bukan semata cakap, Yezzaa ! aku nak jadik optometry macam Proffesor Muhaya . No . Azam perlukan duit .  
DOA . USAHA . IKHTIAR . TAWAKKAL .  Ada duit , semua jadi . Chill guys !


mungkinkah ini destinasi aku seterusnya?



Dan bagi sesiapa yang mendapat apa yang diidamkan ibarat memeluk bulan *mai mana peribahasa ni aku taktau . Zahirkanlah kesyukuran kepada Yang Maha Memberi . Dan kalau yang berada dalam situasi tersepit diantara beberapa pilihan . Lakukanlah istisyarah dan isthikarah .  .

noted:
Istisyarah : Mengumpul pandangan daripada orang berilmu (pro dan kontra)

Isthikharah : Memohon petunjuk dan ketetapan hati daripada Allah
                   (tidak semestinya melalui mimpi  ) rujuk sini



nota jantung :  I believe . owhh
                     cause I believe ( Irfan Makki feat Maher Zain )




4 comments:

  1. jumpak di sana nanti.kita kawan tiga.aku hang, syathiroh.aku kami dia ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. see u the there . tapi bye2 kalau dapat mara =))

      Delete