Wednesday, July 3, 2013

Budak Asasi 2013

Assalamualaikum....

Apa khabaq semua? Moga kita sentiasa berada dalam rahmat  Illahi.

Serasa hampir sebulan lebih tidak menaip di alam maya ini. Kehidupan budak asasian yang INDAH sangat. Itulah yang aku bayangkan sebelum menjejak kaki ke palam ini. Unfortunately, kehidupan budak asasi ini ternyata lebih mencabar mental dan fizikal aku sih. Sementelahan dengan ketinggian tangga kejayaan yang cukup ngeri beb. Seriesly cakap, waktu first time aku turun tangga tu nak pergi fakulti mau terketaq-ketaq otot dengan lutut aku. Almaklumlah, dulu dok membela badan kat rumah. Itu baru cerita pasai turun , belom lagi cerita pasai naik tangga. Dah kalau turun pon macam nak terkeluaq kepala lutut, waktu nak naik tu dah macam lari 800 m waktu sekolah dulu. Memang semput tak menahan la. Wakawaka.


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menganggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata): " wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-yang yang bterdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya menikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir"


Sigh.

Berbekalkan ayat ini, aku percaya dan terus cekal mendaki tangga kejayaan itu. Bukan sahaja, tangga yang menjadi ujian, keteguhan menghadapi dunia luar yang cukup mencabar juga merupakan ujian buat aku. Seriesly, memang mencabar giler. Walaubagaimanapun, disetiap ujian itu pasti ada hikmahnya yang tersurat dan tersirat. Dan aku teringat kata-kata ustazah yang mengajar subjek CTU, 


Ujian itu adalah salah satu alternatif untuk kita meningkatkan keimanan kepada Allah. 
Maka beruntunglah orang-orang yang diuji.


Allahu...Allahu....

Lap Peluh.

Sehingga pada detik ini, hanya beberapa orangkah yang menyedari apabila diberi ujian, Allah ternyata masih sayang lagi padanya. Allah masih mahu mengampunkan hambanya meskipun hambanya yang hina dina ini seringkali mencari Allah hanya di kala kesusahan . Allahu Akbar !

Rasanya cukuplah untuk entry kala ini sebagai pengubat rindu kawan-kawan semua. 

InsyaAllah kalau ada masa lapang lagi , kita cerita lifestyle dengan cobaan yang aku kena faced.Wuuuu.

Till then.

nota buku lali : Doakan aku terus kuat dan tabah dalam berjihad di jalan Allah.


Moga Allah redha =)






1 comment: