Monday, May 5, 2014

Another chapter of my life [uitm puncak alam]

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Berakhir sudah satu chapter dalam perjalanan hidup teman. Chapter ini barangkali cuma sekejap; yelah 10 bulan ja tetapi banyak moment yang masih vivid dalam ingatan. Cewwah ! Jadi, hari aku dengan semangat yang 99% nak cerita serba sedikit tentang asasi dekat puncak alam. MAri Yob, kita bakorrr.

MDS (Minggu Destini Siswa)

Minggu orientasi untuk pelajar UiTM dishortformkan ke MDS. Waktu seminggu ni (time kami dulu 5 hari je) memanglah tersangat kelam-kabut. Kalau lepas habis program ja, berasak-asak palamian daki tangga dan penuhkan lift nak balik rumah. Tabahkan hati ya ^^. Seminggu je. Waktu MDS ni kami didedahkan dengan pelbagai peraturan, tatacara dan panduan nak hidup dekat foundation ni. Mostly everything kena buat sendiri dari hal settle borang sampai la nak makan.Erk  ._.  Haha. Tapi jangan risau, waktu nak hantar borang kpt tu  akan ada PM (pemimpin mahasiswa) yang akan guide. Depa ni fasilitator MDS. Satu je aku nak pesan, time MDS ni kita akan rasa homesick 360 degree,even budak asrama pon malam nangis bawah bantal. Jadi pesan siap-siap dekat diri sendiri just have fun. MDS ni boleh jadi sekali ja seumur hidup hangpa (kalau tak masuk uitm dah time degree).Paling best waktu MDS ni, makanan free hokay !

Kuliah

Maka, setelah berakhir MDS , kami cuti weekend dalam tiga hari macam tu. Waktu ni, ada ja yang balik rumah melepaskan rindu. Aku pulak mengambil peluang ke Setia City Mall. Almaklumlah, takkan nak balik Kedah kot. JAUH. So, waktu ni lah kali pertama dan terakhir aku pergi SCM untuk semester 1. Sebabnya, masuk SCM tu, ternganga kau. Aku masuk beli exam pad pastu balik. Sangatlah sia-sia. Kalau nak cuci mata bolehlah kot.

Next day pulak aku dan housemate turun ke fakulti nak melihat jadual untutk kuliah. Waktu ni adalah waktu yang paling mencabar ketahanan minda dan fizikal. Habis semua muscle aku terketaq-ketaq. Haha. Yelah, tangga dia ada 200++ anak tangga kot. Itu baru turun. Bila waktu naik lagi-lagilah. So, pergi fsk tengok jadual. Maka, bemulalah hari-hari yang mencabar as foundation students.

Classmate


SEM2: Tutorial Math

Presenting, my beloved classmates. Kami satu lecture hall dengan grup C6-C10. Memang awesome gila classmate aku ni tambah pulak dengan mentor kami Sir Fufu (bukan nama sebenar) memang sporting habis. Ingat lagi, waktu sem satu kebanyakan masih malu-malu kucing (termasuk aku). Haha--'
Tapi, semester dua dah boleh kamcing bagai. Semua bersatu hati. Kadang-kadang, kalau sunyi macam lalu dekat graveyards. Tapi, kalau happy, ermmm :) Saat-saat yang paling tak dilupakan, waktu kami nak buat outing ke shah alam. Semua preparation dah dibuat. Memang berkobar-kobar tak sabar semua. At last, mendapat perkhabaran yang kereta sewa ada problem sikit. Maka, berduka semua. Tetapi, disebalik semua itu ada hikmah yang Allah nak tunjuk. Waktu tu hujan lebat sangat. Maybe, it is one of the reason behind this. Wamakaru makarallah wallahu khairul makirin. So, digantikan dengan jamuan kecil-kecilan. Walaupun kecil-kecilan ja, jamuan yang last nilah yang paling daebak sekali. Alhamdulillah ^^

SMA

SMA : Palam Stellar Night

Another family dekat palam ni ialah sma. Depa ni semua memang awesome belaka. Banyak experience yang aku dapat daripada depa ni. Macam-macam kerenah tapi memang depa ni lah yang colourful kan sisa-sisa hidup di palam(actually banyak story sangat pasal sma, kena buat entry lain). Haha...

Housemate


PETANG: makan ais kacang de'palam
Tadaaaa. Housemate kesayangan. I told you ya, depa ni memang gila-gila. Housemate aku lima orang Terengganu, sorang kl dan dua orang utara. Memang aku fail nak paham terengganu depa ni. Serious talk. Kadang-kadang dengaq macam lebah berdengung (sori girls) : P. Rindu pulak nak dengaq depa ni gaduh-gaduh manja. Lagi rindu nak dengaq berus baju fatin. Haha.. 

-------------------------------------------------------------------------

So there's go a few memoirs of palam. Ya. Di sini bermula langkah yang baru. Di sini bermula alam yang baru. Dunia baru yang sangatlah mencabar. Kerana itulah, cabaran-cabaran yang mendatang menjadi proses-proses yang mematangkan diri. Baik sedar ataupun tidak, di sini kita akan mula mengenal diri, mengenal jiwa diri sendiri, mengenal siapa diri sendiri, bagaimana diri sendiri mengatasi halangan dan dugaan. Tidak, selama-lamanya kita akan bergantung kepada manusia yang rapat di sekeliling, tidak selamanya kita mengharapkan pertolongan dan tidak selamanya kita akan punya teman di sepanjang liku perjalanan. Namun, kita punya Allah tempat terpaling utama pergantungan. Apa yang Allah beri, yakin bahawasanya itu dari Allah dan terbaik untuk kita.Tapi kenalah disertai dengan usaha^^. Syukur kepada Allah atas segalanya. 

"Semua benda dalam dunia nni kalau nak diikutkan susah, mana ada benda mudah.
Nak mudah pi mintak mcd."
-bukan nama sebenar-


Aku tinggalkan hangpa semua dengan quote daripada seorang budak sma dan kata-kata Yasmin Mogahed. Renungkan...

credit

HAVE FAITH.STAY STRONG.SMILE.LIVE THE LIFE TO ITS FULLEST.ALLAHU MUSTAAN
=) 
may Allah bless,
with lots of love.