Tuesday, December 15, 2015

Bukti Menjadi KAYA dengan cara yang MUDAH !




Menjadi KAYA dengan cara yang MUDAH !





Salam alaik dan Selamat tengah hari ! 

Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan #positiveVibes dan diberkati Allah atas segala perbuatan yang kita lakukan.

Lunch apa hari ni? Dah lunch belom. Eh tunggang terbalik dah ayat pon. Inilah penangan belom makan. Tak sabaq nak tulis artikel nak share dengan kawan-kawan semua. Tadi, tengah-tengah skroll facebook, ada terjumpa satu tips daripada Puan Nurul Azren Nazri.

A few point yang saya rasa cukup menarik untuk dikongsi daripada buku "Rich Dad Poor Dad" karya Robert Kiyosaki (buku yang dalam senarai wishlist, Nak sangat beli tapi tengah kumpul duit lagi almaklum lah student haha!), 


Orang kaya;
  • Orang kaya dinilai daripada berapa aset dan simpanan yang mereka simpan, bukan pada berapa banyak yang dibelanjakan, bukan berapa berat kad kredit dalam dompet. Itu petanda anda banyak hutang bukan banyak duit

  • Kalau nak jadi orang kaya yang berjaya, JANGAN TAMAK, JANGAN NAK CEPAT KAYA. Selalunya yang cepat kaya ni lah jugak cepat miskin. Biar jalan yang diambil untuk mendapatkan sesuatu kejayaan itu susah, tapi hasil diakhir jalan itu manis benar belaka. Bak kata pepatah, biar lambat asalkan selamat ! Hehe

Nota penting;

Tak semua perkara yang saya tulis itu senang nak buat(Even saya sendiri sebagai student TT). KENAPA. Ada yang akan mengeluh

"Nak belanja pon tak cukup, cemana nak menyimpan"

Betui jugak tu ha. Habeh tu nak buat lagu mana? Senang saja!

(Surah Ibrahim :7)





Surat Al Hadid Ayat 18
Surah Al Hadid:18
"Sesungguhnya orang-orang yang membenarkan (Allah dan Rasul-Nya) baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak."




Jelas, Allah sendiri sebut didalam Al-Quran Surah Ibrahim ayat ke 7, Surah Al Baqarah ayat ke 216 dan Surah Al Hadid ayat ke 18. Saya kira ini hanyalah antara ayat yang saya nak highlightkan mengenai kebaikan BERSYUKUR dan BERSEDEKAH TETAPI tanpa kita sedari banyak ayat lagi didalam Al-Quran yang Allah perincikan mengenai perbuatan SEDEKAH. Makna kata, baguih kalau kita rajin bersedekah. Trust me.


Jadi, antara #TIPSKAYA adalah
  1. Bersyukur dan bersedekah
Takpa, walau sehari RM 1.00
tak cukup, sehari 50 sen
tak cukup, Sehari 30 sen

tak cukup, Sehari 10 sen, buat ikut kemampuan hati dan IKHLAS =)

   2. SEDEKAH yang berterusan (konsisten)

Tetapkan satu amaun untuk disedekahkan setiap hari. Sehari seringgit ka ( kalau ada lebih nak bagi lebih pon takpa). Yang penting berterusan dan konsisten. Senang cerita, kalau nak makan, hari-hari kena beli ikan/lauk/ayam/sayur (kena usaha) macam tu lah sedekah, hari-hari sedekah dan mudah-mudahan Allah pandang effort kita. Niat tu kena luruskan jugak , Haha!


    3. DOA yang baik-baik sayang !

Sentiasa selitkan doa yang baik-baik untuk keluarga, mak abah, adik beradik, cikgu-cikgu, pengajar, kawan-kawan pendek kata semua sekali. Doa untuk mintak yang baik-baik. InsyaAllah Hasilnya pun baik belaka.


Akhir kata, jadi bijak, dalam dunia tiada satu benda yang mudah-mudah Allah nak beri kalau kita letak effort pon secipot secoet. Nak lebih Usaha lebih Hasil pon lebih. Ubah nasib diri dengan Niat-Usaha yang betul.InsyaAllah Allah akan tolong. 



p/s: Ada lagi tips yang saya akan kongsi lagi lepasni. Jangan lupa jengok-jengok sini. Jangan lupa follow

ig : @bajufesd.co 


Salam kemenangan untuk semua !

Saturday, December 12, 2015

Final Piala Malaysia


Maka dengan ini saya mengisytiharkan kekalahan kedah. Result semalam ialah


2 - 0
Selangor - Kedah

Sedih? Sedih la jugak nak frust sikit lagi nak tertungging. Gigih semalam cari wifi nak tengok live streaming sebab jeles dengan mak abah kat rumah tengah tengok sama. Kalau kat rumah ni mesti dah gegaq gempita dah rumah ni.

Btw, overall nais game daripada Kedah banyak peluang untuk shoot out tapi asyik tak kena je. Dan tak boleh tahan sekali incident keeper yang kena kad merah. Yes, maybe he was kind of very dissapointed gila. Yelah harapan rakyat-rakyat negeri kKedah terpikul di bahu dia. Oh, one more thing, kalau dengan incident tu baru aku tahu bahawasanya keeper tak boleh sambut bole luaq kotak penalti. Kekeke. How noob is me about football.

Walau apapun, semngat juang anak Kedah takkan pernah luntur. Tetap sayang padi ! Hehe

#pulunKedahpulun

p/s: Tunggu kemunculan kami next year!

Friday, December 11, 2015

day 1 #KuotByBajufesd.co




Salam alaik people. Jadi sementelahan final sem nak dekat

cuti sem pon dah nak dekat. Maka,  I have a new project coming.

Stay tune =)



Thursday, December 10, 2015

Resepi Donat Lembut yang Lazat



Petang petang yang damai begini kalau pekena ayaq kopi dengan donut yang mak selalu buat,

aduh sedapnyaaa. Nak keluar ke kedai memang dah malas kalau dah mereput dalam bilik ni.

Jadi inisiatif yang patut kita ambil ialah dengan mengoogle resepi dan menghayati gambar-

gambar makanan. Sadis sekali hidup sebagai seorang student dekat hostel. Kalau duduk rumah

sewa bolehla memasak cok tempek pon jadilah. Makanya, hari ni aku nak share satu resepi

yang aku ambil dari facebook Che Eda. Cara-cara ialah begini:



Bahan yang diperlukan:

BAHAN A
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula

(Bahan- bahan diatas dicampurkan dan dibiar sehingga kembang)

BAHAN B
4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Langkah-langkah


  1. Ramaskan BAHAN B diatas sehingga menjadi serbuk roti
  2. Campurkan BAHAN A ke dalam BAHAN B  kemudian gaul rata
  3. Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup rapat
  4. Adunan memang akan lembik sedikit tetapi jangan risau ( Jangan memandai tambah tepung tau)
  5. Lepas 1 jam tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin
  6. Ambil sedikit daripada doh untuk dicanai dan diterap ( Calitkan tangan dan talam dengan tepung agar doh tidak melekat dan senang untuk digoreng nanti)
  7. Biarkan tepung selama 30 min. Kemudian goreng 

Jeng-jeng. Dah siap !
Sumber : Google


Boleh dihidangkan bersama gula atau sos coklat yang enak mengikut citarasa masing-masing.

Balik rumah nanti nak try buat lah yummy ! Selamat mencuba =)

p/s: Sapa-sapa yang dah cuba boleh share hasil gambar kat sini. Boleh jadi inspirasi untuk yang lain.

Jangan sampai menitik air liur sudah. Kekeke

DRESS SUPER MURAH !!




Mencari jubah atau dress untuk dipakai DINNER atau KENDURI ?

Dress yang ada di pasaran terlalu mahal ?

Jubah yang diidamkan tidak ketemu ?



View us on instagram through:

@bajufesd.co

@bajufesd.co

@bajufesd.co

@bajufesd.co

@bajufesd.co


Kini anda boleh dapatkan pakaian kegemaran anda pada harga yang TERENDAH dan BERPATUTAN.

Anda boleh bergaya dengan kualiti yang dijamin memuaskan hati !!






Tuesday, May 26, 2015

Foundation Science UiTM Puncak Alam

Salam Alaik

Alhamdulillah a'la nikmat iman wal islam. Lama beno tak menulis rasa akward sangat. Pftt. Macamlah aku rajin sangat menulis. Jadi setelah lama tak menjejak kaki kat blog, hari ni teras nak jenguk sambil sapu sapu sawang walaupun assignment waves and vibration 25 pages dan research paper tak siap lagi. Alhamdulillah assignment bertimbun banyak dan sayalah manusia paling gembira kat dunia. Bunyi sangat sarkastikUS. Tapi hakikatnya memang benar gembira *tangan di bahu mata ke atas*. Yang pasti kita cuba menambah perisa redho dan ikhlas ya^^

First of all,  bila tengok visitor dekat blog yang tengok post blog aku pasal palam. Tak terlambat rasanya nak mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada sesiapa yang dapat result UPU dan bertambah-tambah tahniah kalau adik-adik dapat Palam. Sebelum tu, dengar-dengar cerita adik-adik asasi tahun ini akan start dekat kampus baru  dekat dengkil. So, no more Palamians and hangpa adalh batch first Dengkilian. Sesuka suki hati jemah ja bagi nama. 


By the way, kalau nak bercerita pasal Palam, it is another sweet and memorable memories that still vivid dalam kepala otak aku. Kat sini hang akan belajar nak buat lab report yang sebetulnya, bukan yang macam dekat dahulu tu. Kat sini kau akan kenal friendship bonding sebab bila kat sini kau jauh dari family, kawan-kawan lah yang akan banyak membantu. Kat sini jugak kau akan asah skill leadership kau-- kalau berminat nanti boleh choose nak masuk SMA atau PRM. 


Kat sini jugak, haaa ada yang mula nak menggatai. Hewhew. Jadi aku nak pesanlah, bila masuk belajar asasi ni, hangpa kena betui-betui fokus. Jangan main banyak sangat. Kalau tak faham terus tamya lecturer. Jadual waktu agak pack tapi yang untungnya, dia memang latih hang pakai sistem universiti. Lain sikit dengan jadual waktu budak matrik. Tapi bila hang dah masuk uni, hang dah rasa biasa dan InsyaAllah boleh cope.


Tak guna berletiaq banyak-banyak pon, yang penting sebelom korang masuk nak jejak kaki ke alam baru, set niat, tajdid niat. Semua perkara yang hang nak buat ni sebab sapa? Mintak restu mak. Mintak restu Ayah. InsyaAllah semua akan berjalan lancar dengan izinnya. 

Dan satu lagi aku nak pesan, enjoy lah korang punya life dekat situ. Create memories. Lepas keluaq dari situ for sure korang akan rindu bagai memang nangis. Sorilah aku hati tisu sikit. Sambil dok menaip pon dok menangis rindu dekat Palam. Hahaha. Oklah cukuplah sikit-sikit. Banyak karang tak suprise pulak. Hewhew. Of all, Good luck and All the best. Maan Najah.


*Nah sis belanja gambaq sket* Rindu hoii T.T









Sincerely,

Bakal jenazah - Student yang tengah struggle dah dekat dengan Final Oi.


p/s : Do pray for me. LOL. Lots of love