Tuesday, May 26, 2015

Foundation Science UiTM Puncak Alam

Salam Alaik

Alhamdulillah a'la nikmat iman wal islam. Lama beno tak menulis rasa akward sangat. Pftt. Macamlah aku rajin sangat menulis. Jadi setelah lama tak menjejak kaki kat blog, hari ni teras nak jenguk sambil sapu sapu sawang walaupun assignment waves and vibration 25 pages dan research paper tak siap lagi. Alhamdulillah assignment bertimbun banyak dan sayalah manusia paling gembira kat dunia. Bunyi sangat sarkastikUS. Tapi hakikatnya memang benar gembira *tangan di bahu mata ke atas*. Yang pasti kita cuba menambah perisa redho dan ikhlas ya^^

First of all,  bila tengok visitor dekat blog yang tengok post blog aku pasal palam. Tak terlambat rasanya nak mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada sesiapa yang dapat result UPU dan bertambah-tambah tahniah kalau adik-adik dapat Palam. Sebelum tu, dengar-dengar cerita adik-adik asasi tahun ini akan start dekat kampus baru  dekat dengkil. So, no more Palamians and hangpa adalh batch first Dengkilian. Sesuka suki hati jemah ja bagi nama. 


By the way, kalau nak bercerita pasal Palam, it is another sweet and memorable memories that still vivid dalam kepala otak aku. Kat sini hang akan belajar nak buat lab report yang sebetulnya, bukan yang macam dekat dahulu tu. Kat sini kau akan kenal friendship bonding sebab bila kat sini kau jauh dari family, kawan-kawan lah yang akan banyak membantu. Kat sini jugak kau akan asah skill leadership kau-- kalau berminat nanti boleh choose nak masuk SMA atau PRM. 


Kat sini jugak, haaa ada yang mula nak menggatai. Hewhew. Jadi aku nak pesanlah, bila masuk belajar asasi ni, hangpa kena betui-betui fokus. Jangan main banyak sangat. Kalau tak faham terus tamya lecturer. Jadual waktu agak pack tapi yang untungnya, dia memang latih hang pakai sistem universiti. Lain sikit dengan jadual waktu budak matrik. Tapi bila hang dah masuk uni, hang dah rasa biasa dan InsyaAllah boleh cope.


Tak guna berletiaq banyak-banyak pon, yang penting sebelom korang masuk nak jejak kaki ke alam baru, set niat, tajdid niat. Semua perkara yang hang nak buat ni sebab sapa? Mintak restu mak. Mintak restu Ayah. InsyaAllah semua akan berjalan lancar dengan izinnya. 

Dan satu lagi aku nak pesan, enjoy lah korang punya life dekat situ. Create memories. Lepas keluaq dari situ for sure korang akan rindu bagai memang nangis. Sorilah aku hati tisu sikit. Sambil dok menaip pon dok menangis rindu dekat Palam. Hahaha. Oklah cukuplah sikit-sikit. Banyak karang tak suprise pulak. Hewhew. Of all, Good luck and All the best. Maan Najah.


*Nah sis belanja gambaq sket* Rindu hoii T.T









Sincerely,

Bakal jenazah - Student yang tengah struggle dah dekat dengan Final Oi.


p/s : Do pray for me. LOL. Lots of love