Thursday, December 10, 2015

Resepi Donat Lembut yang Lazat



Petang petang yang damai begini kalau pekena ayaq kopi dengan donut yang mak selalu buat,

aduh sedapnyaaa. Nak keluar ke kedai memang dah malas kalau dah mereput dalam bilik ni.

Jadi inisiatif yang patut kita ambil ialah dengan mengoogle resepi dan menghayati gambar-

gambar makanan. Sadis sekali hidup sebagai seorang student dekat hostel. Kalau duduk rumah

sewa bolehla memasak cok tempek pon jadilah. Makanya, hari ni aku nak share satu resepi

yang aku ambil dari facebook Che Eda. Cara-cara ialah begini:



Bahan yang diperlukan:

BAHAN A
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula

(Bahan- bahan diatas dicampurkan dan dibiar sehingga kembang)

BAHAN B
4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Langkah-langkah


  1. Ramaskan BAHAN B diatas sehingga menjadi serbuk roti
  2. Campurkan BAHAN A ke dalam BAHAN B  kemudian gaul rata
  3. Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup rapat
  4. Adunan memang akan lembik sedikit tetapi jangan risau ( Jangan memandai tambah tepung tau)
  5. Lepas 1 jam tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin
  6. Ambil sedikit daripada doh untuk dicanai dan diterap ( Calitkan tangan dan talam dengan tepung agar doh tidak melekat dan senang untuk digoreng nanti)
  7. Biarkan tepung selama 30 min. Kemudian goreng 

Jeng-jeng. Dah siap !
Sumber : Google


Boleh dihidangkan bersama gula atau sos coklat yang enak mengikut citarasa masing-masing.

Balik rumah nanti nak try buat lah yummy ! Selamat mencuba =)

p/s: Sapa-sapa yang dah cuba boleh share hasil gambar kat sini. Boleh jadi inspirasi untuk yang lain.

Jangan sampai menitik air liur sudah. Kekeke

No comments:

Post a Comment